Once: Sebuah apresiasi

Once: sebuah apresiasi




"Once"
Lagakan gelas kenangan, biarku mabuk dalam pencarian hampa ini...


Seperti kelmarin, kita berdua tetap di sini. Aku dan kamu. Kita yang berusaha melupakan perbezaan ini. Apakah saat berdetik melawan arus waktu? Aku tetaplah semalam itu, dan kau masih saja bernafas untuk hari ini...



"Part of me has died

And won't return
And part of me wants to hide
The part that's burned"

Puisi Mawar Marzuki dan Mohamad Farez Abdul Karim


Telah tiba masanya kutulis tentang aku

Sebuah kitab terbuka
Di dalamnya ada
Seorang aku
Yang masih meraba-raba isi alam

Ada aksara-aksara tersembunyi
Hingga aku pelat menyebut
a ba ta sa ja a

halaman semakin usai
ku kejar lagi
aksara-aksara berlari
mencari hatiku
yang tumpah di dada waktu

sudah tiba masanya ku tulis tentang aku
yang masih percaya
hidup di bumi
bernoktah tiba
bila lidi talkin
tertitik

amin.



Mawar Marzuki, 23 April 2010


Chairil Anwar Dan Secebis Pemaknaan Ekspresi



Siapakah Chairil Anwar? Beliau ada di mana-mana.Ya, seorang sosok manusia yang mungkin sangat biasa kamu temui di mana-mana juga. Dia mungkin juga kita. Sebahagian laungan protes yang terkadang sangat sukar kita luahkan. Bezanya, nilai itu dimanipulasikan CA dalam membenahi erti hidup. Sedikit keras dalam mengintepretasikan makna hidup dan dalam perjuangan beliau selama ini.

Ulas Album: The Boatman's Call




Jadi beginilah derita cinta. Sebenarnya ia derita yang paling indah bila digambarkan. Mungkin kerana kita mengangkat ‘cinta’ antara lelaki dan wanita itu sebagai sesuatu yang paling indah berbanding cinta-cinta lain. Bagaimana indah sekalipun cinta sang Buddha kepada semua makhluk sentien tidak akan seindah cinta saya kepada Farah. Saya menimbangkan ini sambil mendengar Nick Cave menyanyikan Into My Arms dan berfikir bila agaknya si eksentrik ini akan bunuh diri. Terbayangkan Nick menghentakkan kepalanya ke piano, piano berdarah dan semua kekuncinya merah.

Maaf jika gambaran saya agak kasar. Jika saya cuma ada pilihan antara marah dengan sedih akan saya pilih keduanya. Itulah Nick Cave. Demi masa, jika anda tidak pernah mendengar Nick Cave anda berada dalam golongan yang rugi.

Siapakah Pemilik Anjing Yang Tertipu Dengan Bayang-Bayang?


Pada tahun 620 BC, lahir ke dunia seorang bayi lelaki Yunani di Sardis yang terletak di pulau Sarmos. Segelintir pendapat mengatakan tempat lahirnya adalah kota Cotiaeum daerah Phrygia. Ditakdirkan dia kemudian membesar sebagai hamba abdi kepada seorang lelaki bernama Iadmon. Walaupun taraf abdi, Tuhan mengurniakannya kepandaian dan ilmu hikmah. Suatu hari, dia yang bertindak sebagai orang tengah berjaya membantu tuannya menyelesaikan sebuah perselisihan. Sebagai penghargaan dan rasa kagum dengan kebijaksanaan si hamba, Iadmon lantas membebaskannya.

Lelaki Romantis Yang Kompleks: Rainer Maria Rilke


Rainer Maria Rilke adalah seorang penyair Jerman yang lahir pada 4 December 1875. Beliau meninggal dunia pada 29 December 1926. Beliau adalah seorang penyair besar Jerman yang berkelahiran Austria. Bukan hanya sekadar seorang penyair tetapi beliau mempunyai filsafat tentang dunia penulisan kreatif ini.


Membaca lelaki di abad ke-20 seperti Rilke ini, adalah suatu cabaran skeptik yang memerlukan para penikmat seni karya puisi mengerti akan kondisi federalisme kebudayaan pada waktu itu. Di mana ia memupuk ambisi negara Jerman khususnya. Baden Wurttemberg secara terbuka menyebut kebudayaan pada waktu itu adalah sebagai faktor sarana setempat yang unik.

Antara Kesenian dan Kesakitan


Van Gogh selepas memotong telinganya sendiri.

Kebiasaan, apabila menelusuri wad pediatrik di mana-mana hospital, kita akan ternampak lukisan dan catan berwarna-warni yang digantung kemas pada dinding koridornya. Lukisan itu adalah hasil karya kanak-kanak yang telah ataupun sedang mendiami wad tersebut. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, kenapa perlu kanak-kanak itu melukis sedangkan mereka di situ untuk diubati? Apakah kaitan antara penyakit dan senilukis? Kenapa pihak hospital menjalankan 'terapi' lukisan itu ke atas pesakit-pesakit mereka?

Kajian saintis mengatakan, bayi yang didedah dengan alunan melodi klasik akan menjadi lebih kreatif apabila meningkat dewasa. Ini kerana naluri manusia itu suka kepada perkara yang lembut dan tenang. Kitab purba I Ching juga tertulis bahawa muzik itu mempunyai kuasa untuk memberi ketenangan dalaman dan mengurangkan gangguan emosi seseorang. Kita juga maklum bagaimana penulisan sajak, puisi dan cerpen juga merupakan satu bentuk pengubat hati insan yang dukalara. Seseorang itu membuat sesuatu, berkarya, kerana mereka sedang mengalami kesakitan dan kepedihan. Tidak kiralah kesakitan luaran tubuh badan atau dalaman, yakni sakit jiwa.

Bagi orang awam, sudah menjadi stereotaip dalam minda mereka bagi mereka bagaimana gambaran peribadi seseorang yang dilabel seniman. Seniman selalunya akan cuba untuk kelihatan unik dan lain dari kebiasaan. Mereka dilihat sebagai insan yang berani memakai sesuatu serta mempunyai imej menentang arus perdana. Tidak hairan jika mereka terkadang kelihatan seperti orang 'gila'. Namun, gelaran 'gila' itu adalah konotasi negatif yang terbawa oleh sifat prejudis. Betapa tidak? Stigma sosial masih membelenggu masyarakat kita terhadap golongan kurang siuman, sepertimana yang berlaku ke atas pesakit AIDS dan kusta contohnya. Padahal, ia boleh disembuhkan jika tidak pun ia boleh dikawal dari menjadi lebih parah.

Adaptasi Budaya Dalam Sastera Melayu


Menurut Sir Richard Winstedt yang menulis A History of Classical Malay Literature, Tun Sri Lanang yang mengarang (atau menyunting) Sejarah Melayu ialah seorang berdarah kacukan Melayu-India. Pendapat ini tidak pernah dipertikaikan secara serius oleh mana-mana akademia tempatan.

Hanya tuhan saja yang tahu kebenaran dakwaannya kerana ia dibuat 300 tahun selepas kemangkatan Bendahara Paduka Raja itu. Bagaimanapun, melalui pemerhatian terhadap naskah Sejarah Melayu, dan melalui beberapa kajian yang telah dibuat oleh UM dan UKM tidak dapat menyanggah pendapat orientalis terkemuka itu.

Amat cocok sekali penulis Sejarah Melayu berdarah kacukan, kerana naskah itu sendiri adalah naskah kacukan seperti kebanyakan naskah-naskah melayu lainnya. Penulis-penulis ‘melayu’ yang terulung seperti Sheikh Nuruddin ar Raniri dan Munshi Abdullah juga adalah golongan mamak yang berdarah melayu-india. Mereka mengambil dari sana sini kisah Iskandar Zulkarnain (Alaxander the Great?), hikayat-hikayat dari Parsi, dan dari semenanjung arab untuk dimelayukan seperti yang telah terjadi sejak zaman berzaman.

Stabil, Fared Ayam : Kesakitan Yang Dilepaskan

oleh Wahyudi MY

Mahu tidak mahu, puisi seringkali menjadi alat untuk melampiaskan segala macam rasa seorang anak manusia yang menukangi puisi. Puisi menjadi ranjang, menjadi tempat pergumulan emosi, jiwa, atau rasa lainnya yang mulanya hanyalah gelora sebelum dituangkan dalam perkataan. Tiada bebanan bahawa kata yang lahir dari gelora itu harus dipersetujui secocok dengan intensik dan pretensik menuliskan puisi. Kononnya, puisi punya semacam mekanisme memilih pembacanya sendiri. Mekanisme kognitif ini boleh jadi berkait langsung dengan si penulis dimana penulis awal-awal lagi sudah punya gambaran tentang sekelilingnya termasuklah kelompok pembacanya. Sikap realis ini jarang ditemukan pada penulis puisi lainnya, yang lebih senang menyendiri di dalam kegelapan fahaman bahawa mempertimbangkan pembaca adalah sama dengan merendahkan “nilai” karyanya. Ini bisa difahami jika penulis adalah seorang penyair yang telah menuliskan berbelas-belas buku puisi , lalu mempertimbangkan pembaca cuma membataskan ruang gerak kreativitinya. Bagaimana pula jika dia adalah seorang penggiat teater yang, seperti penggiat teater lainnya, berakar kuat pada sikap realis semacam ini?

Puisi Zulkifli bin Mohamed dan Yong Muen


~SAYA TABIK UNTUK SAUDARA(ketika berhenti antara lampu isyarat itu)~

saudaraku
tanpa segan saudara menyapu setiap zarah sampah
dari hujung tiang lampu isyarat di mana mata manusia
langsung tidak memandang dengan jujur
terik cahaya membakar kesabaran saudara
tanpa perlu sembunyikan wajah diri
terus menyapu zarah kotor yang terbuang
dari tingkap dan tangan manusia yang enggan melihat
siapa diri saudara.

saya tabik untuk saudara.

ZULKIFLI BIN MOHAMED

Chukai, Darul Iman
30 Januari 2010.

Membaca Emily Dickinson



~

Dia adalah seorang perempuan biasa yang dilahirkan pada tahun 1830 di Amherst, Massachusetts. Keluarganya berfahaman Congregationalism ortodoks Amhe.  


Yang membezakan dia dengan yang lain adalah sikap terbukanya. Menulis dengan emosi dan hampir keseluruhan kehidupan peribadinya dituliskan.

Tulisannya dipengaruhi gaya Shakespeare yang mendayu-dayu. Jumlah puisinya tidak banyak, hanya sekitar dua ribu sahaja. Tidak semua diterbitkan juga. Kerana alasan Emily, dia menulis puisi kerana cintanya pada puisi bukan kerana untuk mendapatkan nama. Kebanyakan karyanya menggunakan nama "anonymous", tiada nama penulis disertakan.
Dickinson tidak menyelesaikan banyak puisi atau mempersiapkan mereka untuk penerbitan. Dia menulis draft di atas potongan kertas, senarai belanja, dan bahagian belakang sampul surat resep dan digunakan.

Ulas filem: Into The Wild




"I think u should watch this film bro", begitulah kata-kata Alan, kawanku seorang guru di Sarawak dalam slanga English pekat ala Ozzy, ketika menghulur sekeping dvd cetak rompak yang tertulis 'Into The Wild'. Aku geram amat. Masakan tidak? Beberapa waktu dulu aku juga telah dirayu untuk menonton filem Once, sekarang filem apa pulak ni? Aku takut untuk menonton filem kerana bagiku filem dan cerita wayang bergerak boleh mengganggu kehidupan manusia hinggakan mereka akan mula berimaginasi seraya melakonkan semula watak dalam filem yang ditonton itu. Aku hanya biarkan saja dvd tersebut di atas peti tivi hinggalah sampai ke waktu yang sudah termaktub oleh hukum Ilahi, minggu lepas, aku pun menontonnya. Tanpa rasa bersalah.

Resensi Buku: The Elementary Particles


Taufan menyerang, gempa bumi datang; mencerai, menolak mamalia-mamalia ke arah kedurjanaan. Macamanapun, planet ini, planet tua ini masih lagi berputar sedaya upaya menanggung isiannya. Molekul-molekul berlanggaran oleh ejen perlanggaran menghasilkan zat-zat baru. Ejen-ejen perlanggaran umpama Michel Houellebecq (baca: wellbeck), ejen provokator, pembenci masyarakat, sistem, dan termasuk dirinya sendiri! Yang cuba menghasilkan zat-zat baru. Atau mungkin merosakkan kita atau; mungkin hanya provokasi kepada masyarakat?

Menutup helaian terakhir naskah The Elementary Particles, kening aku terangkat dan dahi berkerut; seolah terasa yang naskah mual ini, yang dipenuhi kebencian (yang kadang lucu dan kadang keterlaluan), protagonis yang ketagihkan seks (termasuk S&M) dan jijik-jijik seks yang terperinci sifatnya lantas boleh saja membuat pembacanya ke tandas dahulu, sebelum kembali membaca helaian-helaian baru yang penuh dengan ’yang baru.’

MenuIis Puisi, Meraikan Kehidupan


Jika kamu berharap menemukan tips-tips untuk menulis puisi yang bagus untuk dimuatkan dalam majalah DBP sila berhenti membaca tulisan ini sekarang juga. Kerana yang menulis ini sendiri, selama bergelar manusia tidak pernah tulisannya dimuatkan dimana-mana majalah DBP. Untuk apa juga kau memuatkan puisi di dalam majalah yang telah sekian lamanya gagal menjadi medium penggerak perkembangan puisi, sebagaimana seharusnya. Atau barangkali dengan mengirim puisi di dalam majalah itu, lalu akhirmya dimuatkan, menjadi tanda ukur yang membuat kamu fikir kamu telah berhasil menuliskan puisi? Mempertimbangkan pembaca sebagai medium untuk menilai sesebuah puisi tidak salah sama sekali. Tidak berdosa. Bahkan itu adalah proses dalam penulisan. Lain halnya jika ia menjadi tujuan. Mempertimbangkan pembaca sebagai tujuan, bukan saja si pengarang telah melakukan bunuh diri kreatif sia-sia dengan menyempitkan ruang gerak kreativitinya, tapi juga bakal dikutuk-sumpahi Dewi Puisi, blasphemer yang melayakkannya menghuni neraka tingkat 12. Di sini aku dirusuh tanya; lalu untuk apa menuliskan puisi?

Space Gambus Experiment dan Pak Samad




Tidak ada apa yang aku hendak berkongsi sebenarnya. Kerana, aku sudah pekak dan bisu. Ya, bayangkan Tuhan telah menarik daya pendengaranmu buat selama-lamanya. Bagaimana gegendangmu berupaya menangkap bunyian? Bagaimana kamu mahu menikmati desis ritma dan lenggok irama? Justeru kamu sekadar memejam mata, dan tersenyum sendirian. Mari kita menyelongkar dunia irama dalam alam nan bisu.

Pabila berbicara tentang konsep muzik, serta falsafah yang tersirat, kamu perlu bahagikan dua perkara penting. Muzik yang terletak dalam sebuah bulatan industri, dan yang terkeluar daripadanya. Industri itu adalah perkara maha agung, luas ruangnya. Manakala zarah partikel diluar industri itu selalunya terasing. Ia bagaikan keladak yang tenggelam di dalam cawan penuh berisi air. Bukannya band Keladak, sebuah band punk indie tu. Mereka sudah punyai groupies yang tersendiri.

Tentang NP


NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com