Nota-nota Gila oleh self proclaimed gila.


"Marahlah dan kutuklah puas-puas. Aku tak ada masa untuk melayan itu semua. Aku hendak pergi buat Nescafe ais."
- Jayzuan, Nota-nota Gila m/s 44.
***


Maka, ketika Jayzuan pergi 'buat Nescafe ais,' dari pada apa yang aku faham, bolehlah kita kutuk sepuas-puas hati naskhah comel Nota-nota Gila beliau, (ha ha ha) dalam satu ayat. Go! Sebelum Jayzuan datang balik dengan Nescafe ais dia.

Catatan gila ini dah berada dengan aku sejak peristiwa Rantai Art di Balai Seni Lukis Negara penghujung tahun lepas di mana aku terjumpa Jayzuan dan melakukan sistem barter dengan dia untuk mendapatkan Nota-nota Gila, dan sehingga sekarang (selepas melompat dari tangan ke tangan ke kaki ke almari sehinggalah aku 'naik sheikh' hari ini) barulah terasa macam mendapat wahyu untuk menyoalkan kehadiran naskhah comel ini di celah-celah jutaan koleksi buku-buku dalam rak 10 tingkat aku, dan dengan itu aku cuba mengambil langkah terkebelakang untuk mengulas sedikit benda alah ini yang mana aku rasa, dalam keadaan rohani dan persekitaran sekarang, buku kedua dari Jayzuan ini bukan hanya sekadar patut dibuang ke dalam tong sampah* malah patut dikitar semula oleh institusi tertentu untuk dijadikan kertas kosong yang mana kertas kosong itu lebih bermakna, jika dicatit perkara-perkara yang 'kurang gila' berbanding cetakan dan kos yang memakan ratusan (atau ribuan) Ringgit Malaysia supaya masyarakat Malaysia umummnya tidak terpesong dengan dakyah-dakyah 'pembangkang' seperti Mohd Jayzuan, yang mungkin ketika ini sudah siap membancuh Nescafe Aisnya dan kembali ke permukaan dunia maya ini untuk projek-projek itu ini.

Nampaknya Jayzuan masih senyap, bolehlah up sedikit keghairahan 'mengutuk'!

Konsep gila?

Apa yang gilanya mengenai buku ini? Senang, tak payah pusing jauh, selak laju dan berhenti di mana-mana muka surat untuk memahami 'kegilaan' Jayzuan.

Selain daripada 'aku' yang dijumpai hampir setiap muka surat, perkataan lain yang popular dalam buku ini ialah 'cinta.' Cinta kepala butuh apa aku tak faham, sikit-sikit awek, sikit-sikit awek, selain sedikit tentang cinta ketuhanan yang plain dan kosong, seolah hasil dari pembacaan dari teks Jabatan Agama Islam Malaysia.

Tak kena shock elektrik macam Mat Karen dalam filem Mat Kushairi & The Velvet Boys lagi kot? he he he.

No komen, tapi masih lagi nak komen. Tulisannya terlebih puitis, bagi aku, sehinggakan konsep cinta yang diketengahkan Jayzuan memusingkan aku ke zaman sebelum gila itu diinstitusikan, di mana 'orang-orang gila' (terutamanya sebelum revolusi Perancis 1789) masih bebas seperti orang lain. Malah, 'orang gila' lah yang ketawa/marah dahulu sebelum sesebuah persembahan teater itu sampai ke penamat.**

Atau mungkin Jayzuan ini double gila, jenis yang 'mengaku gila' (selalunya yang mengaku gila ni tak gila mana pun) dan dia mungkin tahu pura-pura gilanya adalah untuk memeningkan kita (pembaca) untuk mencari hints dalam penulisannya, yang sememangnya kalau dibaca dan ditelan membuta tuli akan menjadikan pembaca itu gila, malah lebih gila dari Jayzuan sendiri.

"Marilah kita meraikan kegilaan," kata watak fiksyen aku, juga bernama Jayzuan.

Sebenarnya, dalam konteks kegilaan Jayzuan, dia sendiri masih terapung dengan dia punya gila (mungkin) kerana kurang mengambil tahu (atau tidak bernafsu mengambil tahu - Punk kan? he he he) tentang konsep gila itu sendiri. Cuma terus mengambil perkataan 'gila' dari kamus Dewan Bahasa dan Petaka (DBP) dan mengaplikasikan konsep gila yang hanya sekadar permukaan, untuk... err... untuk apa?

Bagaimanapun, yang penting ialah kejujuran, dan sedikit kenaifan, untuk kekal hidup dan terus bahagia sebagai seniman, man!

Bak kata Rahmat Haron dalam blurp 28 Hari Jurnal Rock n Roll, "Jayzuan patut terus menulis, menulis sehingga gagal."

Ya, kita sedar Jayzuan jujur menulis. Nasib tak ada ISBN, letak dalam perpustakaan dan digelakketawakan oleh generasi akan datang! Terima kasih kepada penerbit De Algion, yang masih waras untuk tidak menggilakan generasi akan datang.

Eh, sekejap, apa salahnya kita gilakan generasi akan datang? Lagi bagus. Nudity is beautiful, right?

Tapi aku masih ragu, sama ada buku keluaran terhad ini akan kekal seribu tahun akan datang. Ah, apa-apa sajalah Labu....

Wallahualam! Apa aku merepek ni? (ya, ayat yang sama diguna oleh Fareez dalam ulasannya tentang 28 Hari Jurnal Batu dan Bergolek Jayzuan)

Apa-apa pun, Jayzuan, sudah-sudah lah bancuh Nescafe ais, meh la sini...

Nota-nota Gila yang dikatakan cetakan terhad ini mungkin, kalau masih ada, boleh dipesan di Silverfish Bookstore, well, secara digital sudah tentu.

Bye.

*Pengakuan Jayzuan dari muka surat 45, "...kamu boleh terus buangkan ke dalam tong sampah jika kamu rasa buku ini tak berguna langsung."

**Rujuk Michel Foucalt dalam Madness and Civilization. Muka surat berapa aku tak ingat. Buku tu aku dah jual.



3 comments:

MJ berkata...

Ahaha. Aku tak baca lagi 'Madness and Civilization', apa dia tulis dalam tu? Btw, thank qaseh untuk ulasannya, Zhafir! :)

Mohamad Farez Abdul Karim berkata...

kalau mengikut pengkelasan dalam hospital wad gila, ada 3 golongan gila, inipun aku dapati secara pembacaan umum dan pengalaman masuk ke wad gila melawat seorang sahabat yang kesakitan jiwanya.

golongan pertama, pesakit gila kronik. dia ni akan dikenakan tahanan dalam bilik khas.

golongan kedua, pesakit docile. mereka yang dikenakan tahanan dalam bilik beserta dua katil. kegilaan mereka tidak seagresif pesakit pertama.

jenis ketiga kegilaan yang dibiayai oleh orang awam, yakni kita yang dok baca blog NP yang macam sampah ni. orang gila yang terakhir ini duduk dan tidur dalam dormitory beramai2. jenis mereka selalu keluar dan masuk. kegilaan yang sekejap2 menyerang2 kemudian sembuh seperti sediakala.

pendapat aku yang begitu ikhlas ke langit ni, sekiranya kita pergi ke wad gila, dan menceritakan sejujur mungkin segala masalah kehidupan dan kematian kepada doktor bertugas di wad gila, sudah semestinya kita semua akan ditahan oleh wad.

percayalah, kata Datuk Siti.

Kacik Kamarudin berkata...

jadi jay gila camne? gila gila remaja? hehehe