Puisi Sebagai Terapi



Adam Philips


Oleh EH London

KALI pertama bersua muka dengan Adam Phillips, tak siapa menjangkakannya seorang ahli psikologi. Pejabatnya di Notting Hill hanya penuh dengan buku memenuhi dinding dan bertimbunan di lantai. Tetapi selain manual terapeutik, kamu pasti tersua dengan beberapa puisi buah tangan J.H. Prynne, Percy Bysshe Shelley and Geoffrey Hill. Siri lengkap “À la recherche du temps perdu” bersarang di dinding. Beliau tak akan keluar daripada kuad Oxford sebagai tutor—di mana beliau menekuni bahasa Ingeris sebelum latihan sebagai psikoterapis kanak-kanak di London.

Semua pengaruh ini mempengaruhi kerja-kerja psikoanalitikalnya. Buku-bukunya termasuk On Kissing, Tickling, and Being Bored (1993), On Flirtation (1995) and On Balance (2010).

Pendekatan idea psikoanalikal melalui lebih banyak kanta serong sastera, ia takkan menyembuhkan neurosis, tetapi akan menjadi bacaan yang menarik. Beliau juga mengusahakan bengkel buku  Lutyens & Rubinstein—gelanggang tempat bertukar pandangan dengan pemuisi tentang kehidupan seputar hidup mereka. Philip Gross, John Fuller, Adam O’Riordan, Bernard O’Donoghue, John Burnside, Christopher Reid dan Jo Shapcott, semua mereka pernah terlibat.

Kami berbual dengan Phillips tentang puisi sebagai bentuk dan risiko membaca kritikan psikoanalitikal.



DM are made for kickin': Seketul catatan ringkas Georgetown Literary Fest.

THE NOMAD'S PRAYER... Doa wajib sebagai persiapan mengikuti acara-acara kesenian.


Amcorp Mall di hujung minggu sentiasa penuh dan bising. Bagaimana mereka yang menghidap agoraphobia, dan dalam masa sama pencinta barang-barang buruk, berkarat dan hodoh dapat bertahan merempuh ratusan jenis manusia, semata-mata untuk membeli seketul batu yang kononnya pernah dipegang Elvis?


Ulasan zine: Yak Bok Te!




Oleh Wahyudi Yunus

Untuk seorang penulis, persekitaran adalah kolam inspirasi. Duduk di satu tempat yang dikelilingi orang lain, pita rakaman dalam kepala menukar sembang kedai kopi menjadi dialog dalam tulisan yang ditokok tambah, tolak bahagi. Senyum atau ketawa sendiri perkara biasa.

Kalau kamu terserempak dengan seseorang yang tersenyum atau ketawa sendiri boleh jadi dia seorang penulis yang sedang menyiapkan sebuah karya agung di kepalanya. Atau boleh jadi dia cuma lupa makan ubat.

Boleh jadi juga dia Amin Landak. Amin, nama singkatnya, bukan penulis atau orang gila. Dia kartunis. Dia baru menerbitkan sebuah zine yang diberi tajuk "Yak Bok Te!" (YBT). Sebuah percubaan tipikal untuk menegaskan bahawa dia orang Kelantan. YBT menurutnya adalah perkataan yang orang Kelantan sebut ketika terkejut atau melatah. Saya ada beberapa kawan asal Kelantan. Mereka lebih gemar menyebut nama-nama binatang dan organ persenyawaan manusia. Apa yang saya cuba sampaikan, Amin ni mempunyai pemerhatian yang tajam.

Pasir dan Bebuih

Serpihan puisi Sand and Foam Kahlil Gibran. Terjemahan oleh Raja Syahrul Helmi



Selamanya kususuri pesisiran ini, antara pasir dan bebuih, air pasang akan menghapus jejakku dan bebuih hilang dibawa bayu. Tapi laut dan pantai ini akan kekal Abadi.

Sekali kupenuhi tanganku dengan kabus. Kemudian aku membukanya dan lihat, kabus jadi kepompong. Kututup lagi tanganku dan ku buka lalu lihatlah, ia jadi seekor burung. Sekali lagi kututup dan kubuka tanganku ada seorang lelaki berdiri di tengahnya, sedang mendongak dengan wajah sayu. Kututupkan lagi tanganku dan waktu ku buka kembali hanya tinggal kabus di celahnya. Apapun, aku sempat mendengar lagu yang sungguh merdu.

Baru semalam aku merasa diriku sekadar serpihan yang bergetar tanpa rentak dalam kitaran kehidupan. Sekarang aku tahu akulah kitaran itu, dan semua yang hidup adalah serpihan-serpihan yang bergetar serentak dalam diriku.

Mereka berkata padaku waktu mereka baru tersedar “Kamu dan dunia kehidupanmu hanyalah sebutir pasir di pesisir laut yang tak terbatas” Dan dalam mimpiku aku katakan kepada mereka “Akulah laut tak terbatas itu dan seluruh alam hanyalah butiran–butiran pasir di pantaiku”

Hanya sekali aku terdiam. Iaitu ketika seorang lelaki bertanya padaku,
“Siapa kamu?”

Yang mula-mula mengingati tuhan ialah malaikat. Yang mula-mula menamakan Tuhan ialah manusia..

Kami telah terbang, bertebaran sebagai makhluk-makhluk yang merindu beribu tahun sebelum laut dan hembusan angin di belantara mengurniakan kami kata. Kini mampukah kami mengembalikan hari-hari purba dulu dengan hanya bunyi-bunyian kelmarin?

Topeng Politik, Hantu-Hantu Guy Fawkes & Hippies Menuju Wall Street




Oleh AEDI ASRI

Bagaimana istilah cool boleh menjadi lingo sehari-hari dalam dunia politik? Aku tidak pasti bagaimana ia bermula, dan siapa yang memulakannya. Tanpa sempat aku tangkap arus yang membawanya, ia sudah merebak ke merata-rata tempat.

Sebagai 'anak muda' (beri perhatian pada tanda kutip) yang memulakan hari dengan melayari internet, sign in di media sosial (oh fuck!) dan portal berita, aku gagal menangkap perubahan ini. Tiba-tiba saja pada satu pagi, politikus menyematkan satu azam sebaik sahaja mencelikkan mata - "Aku perlu berubah, aku nak jadi cool," jerit mereka kuat-kuat, disambut mereka sendiri.

Langkah yang sukar, aku fikir. Kerja politikus 24 jam sehari. Mereka perlu berada dalam karakter sepanjang masa, sebelum offline dan kemudiannya berdiri menghadap cermin untuk analisis keberkesanan lakonan.

Namun mereka tidak perlu seribu sebab untuk mengambil langkah sedemikian. Satu saja memadai untuk menjawab semua persoalan, mengabsahkan segala tindakan. Ia adalah sokongan'. Sokongan golongan muda yang menjadi pengundi terbesar dalam pilihan raya.

Maka bermulalah tragedi besar-besaran yang merebak seperti virus rabbies dalam lingkungan politik Malaysia. Tragedi yang menyebabkan kebodohan, dengan sedikit rencah kenaifan, tentunya, di-raikan setiap hari.

Dan aku yang berada di tengah-tengah pesta, mula rasa sakit dada.

Berkuburnya sebuah lagi majalah kartun

Oleh RONASINA



Dengar cerita majalah kartun G3 terbitan Karangkraf terkubur. Majalah yang menghimpunkan kartunis senior dan baru ini terpaksa akur dengan keadaan hari ini. Karangkraf antara syarikat yang melakar sejarah awal kerana pada hujung 1970an mereka menerbitkan Gelihati dan bersaing hebat dengan majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise.

Saya mengikuti dunia kartun tanahair sejak kecil. Tidak siapa dapat nafikan kehebatan majalah kartun ketika era Gila-Gila meledakkan pasaran pada 1 April 1978 sehingga kemudiannya pasaran menerima lambakan majalah kartun. Gila-Gila seperti sebuah akademi yang melahirkan bintang-bintang. Kebanyakan kartunis era 80-90an atau berumur 30 tahun ke atas hari ini adalah produk Gila-Gila. Secara kasar kiraan saya ada tidak kurang 100 kartunis masih aktif hari ini. Tapi mengapa majalah kartun semakin mati dan kartunis pada hari ini hanya melukis karikatur di sudut kompleks, mall atau di majlis-majlis? Apa sudah jadi?

Apa Cina Mau?

Oleh Lim Hong Siang 




Mustahil politik masyarakat Cina dicerminkan selengkapnya dalam ruang pojok sekecil ini. Seperti masyarakat kaum lain, politiknya berbeza mengikut kelas ekonomi, aliran bahasa, dialek dan budaya, alamatnya di pusat bandar mahupun desa pedalaman, rangkaian sosialnya dan sebagainya.

 Pendirian seseorang taukeh semestinya berbeza dengan seseorang kuli dalam isu penetapan gaji minimum. Maka usahlah Melayu menggaru-garu kepala apabila melihat taukeh besar Cina bermesra dengan Najib sementara ah soh seperti Aunty Mei mengutuk dan memaki Najib di tengah-tengah jalan raya.

Sesungguhnya manusia di dunia berkongsi matlamat yang sama, iaitu menghambat kebahagiaan masing-masing. Padahal kebahagiaan itu tidak banyak berbeza, misalnya sihat, bebas, hidup sejahtera, bermaruah, berjaya dalam kerjaya dan sebagainya. Bezanya lorong mana yang diikuti untuk mengecapi kebahagiaan yang dihambat.

Persoalannya, sejauh manakah seseorang itu mencabul kebahagiaan orang lain sepanjang proses menghambat kebahagiaan diri?

Menghadapi Trauma Serangan Ketenteraan

Oleh Daniel Day-Lewis

Sudah hampir lima tahun tulisan ini ditulis, dan di Gaza, semuanya, atau tak ada apa-apa yang berubah. Pengunduran pemukim dan tentera Israel dari Gaza pada 2005 meredakan sedikit insiden keganasan, tapi ia cuma penangguhan singkat. Dalam tempoh lima tahun Semenanjung Gaza terperangkap dalam kitaran keganasan dan kedaifan, dengan kemusnahan yang memberi kesan teruk pada kesihatan fizikal dan mental penduduknya.


Mengunjungi Gaza hari ini adalah pengalaman yang meresahkan, tapi bukan kerana sebab yang nyata. Sudah tentu, manifestasi fizikal akibat dari konflik dapat dilihat; bangunan-bangunan diratakan, runtuhan dan serpihan infrastruktur akibat Operasi Cast Lead 2008/2009, serangan tentera Israel yang menyebabkan kematian 900 orang awam, 300 daripadanya adalah kanak-kanak. Tapi Gaza tidak unik dalam membawa parut fizikal dari sebuah konflik. Apa yang membuatkan Gaza unik dan membuatkan ia sebuah tempat yang mengerikan, adalah ia kini dalam pengasingan.

Idea Tentang Idea



Apa itu idea? Dalam abad ke-21 sekarang, dengan lahirnya fenomena googlisme, dunia yang terbuka luas di alam maya, kurang cerdiklah apabila kita bertanyakan hal demikian. Sesiapa yang mudah berhubung dengan dunia internet senanglah mereka mencari makna setiap jargon yang beranak-pinak bagai cendawan selepas hujan. Namun, jangan kita lupa. Ada juga mereka kurang bernasib baik yang tak punyai akses ke dunia pengetahuan 'world wide web'. Jika diperhatikan dan dikaji asas piramid kelas sosial, rakyat marhaenlah yang majoriti sedangkan sedikit pula golongan kelas pemerintah. Soalan kedua, adakah semua perkara yang dibincang, didebat, disembang itu berkembang ke dunia nyata, dalam kehidupan sehari-hari? Cuba anda perhatikan jiran di kiri dan kanan anda. Bersembanglah dengan mereka tentang kebanjiran maklumat yang melimpah dalam laman maya di era digital kini. Adakah mereka tahu, tidak tahu, buat-buat tahu atau buat-buat tidak tahu? Dari situ mungkin anda akan maklum tetang realiti sebenar. Berhubunglah dengan masyarakat dari semua golongan, jangan terperuk dalam sekolah pemikiran sendiri. Usah menjadi dewa-dewi Yunani yang menghukum manusia melalui trisula dan kuasa sakti. Bagaimana pandang alam anda berbanding pandang alam insan lain, mereka yang bukan dari kelas sosial dan tahap fikiran anda. Adakah anda asyik-masyuk bergelumang dengan timbunan buku-buku falsafah yang berat-berat sedangkan ada insan yang bergelumang dengan najis anda demi mengosongkan tangki septik?

Wawancara Faizal Hussein: Ilham Bunohan

Oleh AMALUDDIN ZHAFIR


Foto: Merpati Jingga
Faizal Hussein: "Aku letih ni."

"Tiap-tiap hari aku berlakon." Banyak maksud yang aku tangkap bila Faizal cakap macam tu, sebelum dia tambah, "berlambak ja (lakonan aku) kat Astro."

Lepas Bunohan, filem yang menurutnya terbagus sepanjang kariernya, barulah orang tersedar balik siapa Faizal Hussein. "Kemudian barulah TV3 mula terima aku balik... Sebab TV3 ni... Maybe diorang ada cara sendiri lah..." Sinis atau jujur aku tak pasti, sila salahkan talian telefon kami.

Meleret pula kepada teknik lakonannya, yang simple, berbanding sesetengah pelakon-pelakon lain yang bila dalam proses penggambaran, watak itu dikendong, diabdikan dalam diri setiap masa, kecuali dalam jamban, mungkin.

"Lari anak bini aku kalau aku setiap masa jadi Ilham (watak dalam Bunohan)," katanya sambil ketawa, dan sambil memandu Perodua Kembaranya. Tambah Faizal, dia tak buat terok dengan segala persediaan intensif apa bagai sebelum berlakon, tak macam pelakon-pelakon lain yang ada macam-macam teknik, method acting lah apa bala semua.

"Bila director sebut 'cut', terus aku berjalan macam Faizal Hussein," simple, "macam suis, ada on/off."

Monyet Menyanyi



Jika carian google gagal beritahu anda lagu apa yang didengari monyet-monyet ujikaji carilah DJ Hakiki -DJ kelab malam, pengumpul vinil tegar dan saintis kognitif. Kiki telah habiskan 15 bulan dan puluhan ribuan ringgit wang simpanan sendiri untuk jalankan eksperimen ke atas beberapa jenis monyet dan kera. Pemuda yang berasal dari Serdang ini ingin tahu sama ada monyet dan kera lebih suka lagu Mengapa Dirindu dendangan Saloma daripada lagu Start The Riot, Atari Teenage Riot. Selain itu Kiki turut menguji monyet-monyet di makmalnya dengan lagu-lagu instrumental, lagu-lagu bervokal, konserto Mozart dan suasana senyap. Terbaru dia telah mendatangkan kemarahan aktivis 'animal rights' kerana memaksa monyet menghadam ribuan lagu dan bunyi-bunyi 'sumbang yang menyakitkan telinga' (menurut website mereka).

Tak hairan kalau keputusan kajian menunjukkan monyet pun memilih dibuai Saloma berbanding bedilan mesingan dan renjatan listrik ATR. Bagaimanapun, Kiki melaporkan monyet-monyetnya paling selesa dengan suasana tanpa muzik. Daripada pemerhatiannya juga Hakiki percaya “monyet-monyet tak dapat bezakan antara melodi dengan bunyi-bunyi yang sumbang dan menyakitkan telinga manusia.

Wei... Dah 2013 pun Jabatan Audio!


Interviu dengan Apis Abdul dan Syima Tarmizi oleh Raja Syahrul Helmi


Persembahan terakhir Jabatan Audio untuk 2012 di Sunway Piramid, 8.30 malam, 31 Disember. Mereka tak pernah main di kompleks beli-belah jadi mereka agak gementar lihat orang amat ramai, tak macam crowd biasa mereka yang sederhana. Lagi tak membantu Jabatan Audio malam tu ada dua orang saja -Apis dan Syima (Sim), sebab gitaris utama main dengan band lain kat KLCC dan drummer session di Dataran. Macam biasa malam tahun baru ialah malam sibuk buat pemuzik-pemuzik dan juga malam sumber rezeki untuk mereka.

Di ambang tahun baru 2013 ahli-ahli Jabatan Audio membawa haluan sendiri cari rezeki masing-masing. Mereka semua ialah pemuzik sepenuh masa (kecuali Adi fotografer sepenuh masa) yang mengisi perut dengan bermain muzik. Sebab bayaran show Sunway Piramid aduhai tak cukup untuk kongsi banyak perut jadi dua orang saja yang cover show itu. Sim terpaksa bawa anaknya -si Eva Sofia yang comel- sebab tak ada orang boleh jaga Eva di rumah. Masa mereka berdua buat persembahan tugas aku jaga Eva dan ambil gambar.