Menghadapi Trauma Serangan Ketenteraan

Oleh Daniel Day-Lewis

Sudah hampir lima tahun tulisan ini ditulis, dan di Gaza, semuanya, atau tak ada apa-apa yang berubah. Pengunduran pemukim dan tentera Israel dari Gaza pada 2005 meredakan sedikit insiden keganasan, tapi ia cuma penangguhan singkat. Dalam tempoh lima tahun Semenanjung Gaza terperangkap dalam kitaran keganasan dan kedaifan, dengan kemusnahan yang memberi kesan teruk pada kesihatan fizikal dan mental penduduknya.


Mengunjungi Gaza hari ini adalah pengalaman yang meresahkan, tapi bukan kerana sebab yang nyata. Sudah tentu, manifestasi fizikal akibat dari konflik dapat dilihat; bangunan-bangunan diratakan, runtuhan dan serpihan infrastruktur akibat Operasi Cast Lead 2008/2009, serangan tentera Israel yang menyebabkan kematian 900 orang awam, 300 daripadanya adalah kanak-kanak. Tapi Gaza tidak unik dalam membawa parut fizikal dari sebuah konflik. Apa yang membuatkan Gaza unik dan membuatkan ia sebuah tempat yang mengerikan, adalah ia kini dalam pengasingan.

Idea Tentang Idea



Apa itu idea? Dalam abad ke-21 sekarang, dengan lahirnya fenomena googlisme, dunia yang terbuka luas di alam maya, kurang cerdiklah apabila kita bertanyakan hal demikian. Sesiapa yang mudah berhubung dengan dunia internet senanglah mereka mencari makna setiap jargon yang beranak-pinak bagai cendawan selepas hujan. Namun, jangan kita lupa. Ada juga mereka kurang bernasib baik yang tak punyai akses ke dunia pengetahuan 'world wide web'. Jika diperhatikan dan dikaji asas piramid kelas sosial, rakyat marhaenlah yang majoriti sedangkan sedikit pula golongan kelas pemerintah. Soalan kedua, adakah semua perkara yang dibincang, didebat, disembang itu berkembang ke dunia nyata, dalam kehidupan sehari-hari? Cuba anda perhatikan jiran di kiri dan kanan anda. Bersembanglah dengan mereka tentang kebanjiran maklumat yang melimpah dalam laman maya di era digital kini. Adakah mereka tahu, tidak tahu, buat-buat tahu atau buat-buat tidak tahu? Dari situ mungkin anda akan maklum tetang realiti sebenar. Berhubunglah dengan masyarakat dari semua golongan, jangan terperuk dalam sekolah pemikiran sendiri. Usah menjadi dewa-dewi Yunani yang menghukum manusia melalui trisula dan kuasa sakti. Bagaimana pandang alam anda berbanding pandang alam insan lain, mereka yang bukan dari kelas sosial dan tahap fikiran anda. Adakah anda asyik-masyuk bergelumang dengan timbunan buku-buku falsafah yang berat-berat sedangkan ada insan yang bergelumang dengan najis anda demi mengosongkan tangki septik?

Wawancara Faizal Hussein: Ilham Bunohan

Oleh AMALUDDIN ZHAFIR


Foto: Merpati Jingga
Faizal Hussein: "Aku letih ni."

"Tiap-tiap hari aku berlakon." Banyak maksud yang aku tangkap bila Faizal cakap macam tu, sebelum dia tambah, "berlambak ja (lakonan aku) kat Astro."

Lepas Bunohan, filem yang menurutnya terbagus sepanjang kariernya, barulah orang tersedar balik siapa Faizal Hussein. "Kemudian barulah TV3 mula terima aku balik... Sebab TV3 ni... Maybe diorang ada cara sendiri lah..." Sinis atau jujur aku tak pasti, sila salahkan talian telefon kami.

Meleret pula kepada teknik lakonannya, yang simple, berbanding sesetengah pelakon-pelakon lain yang bila dalam proses penggambaran, watak itu dikendong, diabdikan dalam diri setiap masa, kecuali dalam jamban, mungkin.

"Lari anak bini aku kalau aku setiap masa jadi Ilham (watak dalam Bunohan)," katanya sambil ketawa, dan sambil memandu Perodua Kembaranya. Tambah Faizal, dia tak buat terok dengan segala persediaan intensif apa bagai sebelum berlakon, tak macam pelakon-pelakon lain yang ada macam-macam teknik, method acting lah apa bala semua.

"Bila director sebut 'cut', terus aku berjalan macam Faizal Hussein," simple, "macam suis, ada on/off."