Manusia Pertama Di Angkasa Luar

'My Father and The Astronout' (1969) karya Ibrahim Hussein

Oleh Wahyudi Yunus



Akar kepada keterasingan adalah kegagalan menemukan yang identik antara subjek dan yang berlangsung di luarnya. Subagio menuliskan keterasingan sebagai "tepi dari mana aku tak mungkin lagi kembali".  Kembali kepada apa? Biasa-biasa. Kepada isteri, kepada anak, kepada ibu di rumah.

Perasaan sama mudah dikongsi seorang askar yang berada di sempadan, seorang pelayar di samudera, seorang imigran yang menjenguk ke luar tingkap dari bilik sewanya melihat suasana malam ibu kota sebuah negeri yang bukan tanah kelahirannya.

Tapi manusia tidak sentiasa menemukan dirinya pada jarak yang boleh diartikulasi akal. Kadang-kadang ia menemukan dirinya melayang di tengah ruang, di mana tak berpisah malam dan siang. Seperti berada di sebuah lautan, tapi ia bukan lautan biru, ia lautan hampa dengan pandangan hanya pada kerdip bintang jauh.

Ini mungkin bukan travelog: Agra dan kubur bernama Taj Mahal



Catatan dan foto Alina Abdullah


Ada sebabnya catatan kembara kami ini ditulis lewat.

Kembara ke tanah asing bagi aku sentiasa mengujakan. Lebih teruja jika destinasi itu suatu yang mencabar visual-rasa dan berbeza dari segi budaya, cara hidup dan juga cuaca.

Keluar dari zon selesa kita. Keluar dari kotak sederhana kita. Keluar daripada kebiasaan bangun pagi dalam kamar yang amat selesa, sambil sarapan nasi lemak daripada gerai makcik seberang jalan. Keluar dan ke sana.

Ke arah sana yang cuaca amat membahang seolah melangkah ke daerah yang baru saja diitmpa kemarau panjang. Kesilapan kami kerana memilih ke tanah bersemadinya Ibu Teresa ini pada musim panas! Tidak terfikir bahawa India juga punya banyak musim, bukan sekadar terik sepanjang tahun. Padanlah tiket murah! Kata lelaki liberalis-konservatif. Musim panas di India, terutama di bandar-bandar Hindi, adalah musim rehat bagi wisata budaya. Musim ini, pelancong lebih gemar ke Utara, ke kawasan pergunungan yang lebih sejuk. Dan Delhi-Agra tanpa pelancong-pelawat-pengembara adalah suatu daerah yang agak sunyi, sepi. Dan mati.

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.

Search

Memuatkan ...

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.

Tentang NP


NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com