Falsafah Lapar Knut Hamsun.




Kota itu bernama Kristiania, tahun 1890. Seorang pemuda berhijrah ke kota untuk menjadi penulis. Setelah tiba di kota, semuanya bertukar tragedi: penyeksaan yang sentiasa meletakkan nyawanya cuma seinci dari kematian. Kristiania, seperti mana-mana kota metropolis lain, bukanlah zon selamat untuk bermimpi. Bukan tempat dimana seseorang hanya perlu menyediakan telur rebus dan pulut kuning untuk memastikan hajatnya tercapai. Apalagi hajat itu datang dari seorang yang tak ada nama, harta, atau pekerjaan tetap. Akibatnya, setiap hari dia mendapati dirinya terperangkap dalam konflik yang sama: dia harus makan untuk menulis, tapi tidak dapat makan jika tidak menulis. Dalam kata lain, menulis adalah satu-satunya eksistensi yang mengesahkan dia masih hidup.

Seni Kencing - Salleh Ben Joned

*Foto oleh James Lee*

Kejadian yang menjadi subjek surat terbuka yang ditujukan untuk seorang seniman dan pengkritik seni yang terkemuka di Malaysia ini terjadi pada tahun 1974. Terjadi di sebuah pameran dengan judul yang menyeramkan, “Menuju Realiti Mistik”, yang diadakan di Sudut Penulis di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ia melibatkan “barangan terjumpa” (tin separuh penuh coca-cola, baju hujan terbuang yang kotor yang dijumpai di tempat longgokan sampah, lingkar nyamuk yang sudah terbakar separuh, dan benda–benda yang seangkatan dengannya). Turut disertakan sebuah manifesto bombastik yang penuh keabstrakan, dieja dengan huruf-huruf besar, dan kata-kata seruan.


Inception, umpama mimpi dalam mimpi.


Apakah itu mimpi? Kenapa mimpi adakalanya boleh berada di dalam sebuah lagi mimpi? Mimpi berlapis mimpi. Inception menceritakan sebuah kisah yang umum tidak pernah ambil tahu. Atau sebenarnya tahu tetapi kerana cabaran panahan hiburan Hollywood itu lebih kuat, maka falsafah mimpi dan minda bawah sedar dikenali lewat idea Freudian itu menjadi satu kisah yang hanya sekadar dibual oleh mereka dalam kalangan intelektual. Ataupun pseudo-intelektual, contohnya si penulis ulasan ini.