Kesedihan Jargon I.





And she wanted to paint a picture,
The most beautiful thing you have ever seen.
The sky would be clear
And the picture would be clean.
I want to fuck her - to make her
realize she’s still a stubborn machine.

Puisi di atas di ambil dari cerpen Mister Dream Collector 2 yang di siar dalam buin (buku + zine?) Jargon I, debut pertama dari JargonBooks. Dua baris terakhir puisi di atas, saya tambah sendiri tanpa izin penulis asalnya, Rasyidah Othman. Minta maaf dan bersabar dulu.

Banyak lagi saya nak tambah.

Seorang skema yang tak mempunyai sahabat, yang kerap di buli oleh teman-teman sekolah, membalun masa lapangnya dengan termenung di depan meja yang menghadap tingkap. Sambil menangis. Dengan air mata yang meleleh, hingus yang memercik pada skrin komputer, dia cuba menulis prosa-prosa dengan perasaan yang sangat berat (gadis yang disukainya bolayan puisi-puisi mediocre-nya) - dan kerap kali si skema ini cuba membaluti kenaifan tulisannya dengan menambah sedikit tindakan-tindakan yang kelihatan cool pada tulisan-tulisannya, seperti memasukkan ‘rokok,’ ‘kopi,’ atau petikan ayat dari filasuf berprofil tinggi, misalnya.

Secara umum, ini ialah Jargon I, termasuk barisan penulisnya, yang saya percaya datang dari pelbagai ragam dan latar, terjumpa di Jargon I untuk berkongsi ‘diari’ dalam seputar isu yang sama; kegagalan, cinta, kematian, persoalan ketuhanan, dan err, coolness. Tema-tema stereotaip dengan pengolahan stereotaip, saya fikir.

Rasa ini saya simpan dalam hati. Tapi, tidak sehingga saya mengulang baca kembali naskah ini, sebulan kemudian.

Cerpen Shafiq Halim, Cinta dan Wain (I) satu-satunya cerpen yang tak menjemukan saya. Dalam cerpen ini, rasa rendah diri penulis, dengan gaya tulisannya yang sederhana, betul membayangi kejujuran penulisnya. Shafiq mengangkat apa yang tabu ketahap yang lain, tanpa menjadi moralis. Mungkin watak dalam cerpen ini dekat dengan saya yang buat saya tertarik atau bahasa mudah Shafiq atau anti-klimaknya yang buat saya jadi macam, ‘aahh...’ atau pemahaman Shafiq tentang kehidupan; saya tak tahu. Saya bagai watak utama cerpen ini di akhir cerita; saya sedang menunggu.

Ini yang saspen. Saya perlukan saspen, aksi! Bukan air liur sang pencinta yang rungsing dengan tema besar Kehidupan!

Momen Yang Beku hampir-hampir membekukan otak saya. Di awal cerpen, kuat perasaan saya berkata, “ah, satu lagi tangkap leleh.” Saya silap. Tramizi berani bermain dengan kitsch sehinggalah dua perenggan terakhirnya, menjadi satu rocking chair bagi cerpen ini. Rupa-rupanya Raja, watak utama, mati di akhir cerita. Tak buruk juga cerpen ini, fikir saya. Boleh herotkan otak saya, kira o.k lah, dari menyeksa fikiran saya dengan laungan Cinta kosong.

Di helaian yang lain, malangnya, tiada lagi cerpen-cerpen atau puisi-puisi yang dapat memuaskan nafsu liar saya. Kemudian saya terfikir, Jargon I adalah kesunyian.

Ya, Jargon I adalah perihal kesunyian, kejujuran, kenaifan penulis-penulis (to be naive is to be attractive, bak kata Schopenhauer), yang mahu berkongsi dengan generasi ini, dalam zaman ini, supaya pembaca yang terasing sedar, di cawang yang lain, masih ada insan seperti mereka. Remaja-remaja yang terkontang-kanting sedang menunggu seruan-seruan seperti ini. Iaitu seruan kegagalan, paradok pada idealisme politikal semasa; jenis pemberontakan yang sesuai untuk pemberontak sinis.

Tidak seperti litzine lain, visual Jargon I tersusun cantik teksnya, beralun bersama hitam-putih fotografi, lukisan dan contengan. Ia bagaikan litzine pukimak GudangGaram yang bersalut sut Armani.

Tapi jangan pula terlalu mengangkat, mengatakan ini sebagai satu gerakan baru yang akan menggemparkan sastera Malaysia, kerana kekuatan penulisnya belum diuji. Ia adalah tugas pembaca akan datang, atau arkeologis sastera; samada penulis ini akan terkubur atau terus melangkah garang satu hari nanti. Kita tunggu. 

Lagipun, di ceruk manakah manusia tidak ‘bergerakan’ kan? Ia cumalah pengulangan sejarah, drama kehidupan. Tapi, pelik ya? Kita masih mahu berada di dalamnya, mahu dihayun berulang kali sehingga terbuai lena.

Saya hampir terlena dengan bahasa-bahasa kesuluruhan penulis-penulis Jargon I. Ada penulis yang tak berbaloi untuk saya namakan di sini, menggunakan bahasa yang berpusing-pusing sehingga mati akal saya untuk memahami apa idea yang cuba di sampaikan. Pembaca yang bijak, hanya dengan melihat gaya bahasa penulisnya, sudah tahu kemana mereka akan di bawa.

Apa-apa pun tanggapan peribadi saya, Jargon I bukanlah naskah biasa-biasa, dan jauh sekali dari naskah luar biasa, ia mediocre; tempat berehat saya dalam menunggu kedatangan The Great Malaysian Writer.

Entah datang, entah tak.




*Untuk memesan naskah ini, boleh email ke jargonbooks[at]gmail.com atau terus hubungi nombor ini; 0129383427

4 comments:

Kongkang Kengkang berkata...

namapun jargon...

Para Jamaludin berkata...

aku suka rasyidah, zulwaqar, tramizi dan iputempe.

shafiq halim pun. eh, macam semua je.

serius.

aku suka cinta dan wain, tentang kesedihan dan pragmatisme(dan kita) dan banyak lagi.

jap. aku pun baca tak habis lagi. sayang nak habiskan. baru dekat setengah buku.

Jelir berkata...

Zhafir,

"...tempat berehat saya dalam menunggu kedatangan The Great Malaysian Writer.'

Kenapa sekadar 'menunggu kedatangan'? Kalau semua orang menunggu dengan debaran panjang, siapa yang nak menulis?

:p

Tanpa Nama berkata...

baca hati(III)
tersentuh


:)

Tentang NP


NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com