KATA-KATA: Korek Maso
Kata-Kata, satu lagi keluaran syarikat penerbitan Jargon.
Sebagai bekas pembaca pruf yang lari dari 'berperang,' lebih baik untuk saya mengulas, mengupas, mengorek, mencium, me.... dari sudut seorang pembaca pruf naskhah ini.
Macam biasa, spontan didahulukan, provokasi diutamakan.
Pada malam Sabtu lepas (28 Mei 2011) tanpa mengetahui apa-apa dan bersama menjadi kera sumbang di sebuah pesta muda-mudi atau pesta tua-tui, tiba-tiba saya didatangi lembaga kecil berambut kemas dengan menggalas sebuah beg yang cukup saya kenal.
Beg itu bernama Qifhasdamha.
Qifhasdamha, sebagai sebuah beg bergerak, telah mengeluarkan seorang zine kepada saya secara percuma. Saya pura-pura buat 'perak' untuk seketika dalam kesibukan pesta tua-tui itu. Tapi, mata saya tak dapat mengelak dari mengipas muka saya dengan zine itu dek suasana panas di situ, walaupun malam. Entah kenapa.
Selepas beberapa kipasan yang menyegarkan, saya hentikan kipasan zine itu pada muka-muka surat tertentu secara rawak. Dan biarkan mata saya memerhati, sambil mendengar beberapa ketul emas yang lahir dari mulut Qifhasdamha.
Saya dapat tahu dari Ahmad Shafiq Halim bahawasanya zine yang kandungannya di karang oleh sekelompok homo sapiens ini dibuat dalam beberapa saat (saat, dalam kamus saya bermaksud hari atau untuk exaggerate, lebih dari sejuta hari). Alangkah terkejutnya saya dengan harganya. Terlampau rumah dari zine-zine hip sedia ada. Cuma RM3! Bayangkan jumlah wang untuk membeli naskhah ini boleh digantikan dengan minyak motosikal anda untuk ke pesta tua-tuih ini (mengambil kira RM3 dengan minyak RON95 saya boleh pergi dan balik dari Damansara Damai ke Rumah Pena, sekali sahaja.)
Apa-apa lah. Saya tak berniat untuk mengulas panjang lebar naskhah zine ini kerana kesuntukan masa saya sebagai bekas pembaca pruf dan kehidupan songsang yang saya lalui sekarang ini membuai saya ke angkasa tanpa langsung terkifir untuk menginjak tanah.
Bagaimanapun, sebagai tanda yang saya sudah membaca zine ini, lebih baik saya terangkan sedikit sebanyak isi kandungannya yang kemungkinan akan ditertawakan oleh bijak pandai dari wad-wad kurang waras berdekatan. :)
Secara tak sengaja, saya terselak ke muka surat 31. Sebuah ezzei berjatuk Kematian Tradisi Penulisan Kritikan.
Segabai bakes pemcaba pruf, apa yang saya faham dari perenggan pertama sehingga perenggan ke sepuluh, ianya berkaitan tentang perasaan seorang lelaki yang berkecamuk hatinya (seperti saya juga). Penulis dengan nama WNA, menulis dengan penuh adab kesopanan Melayu unggggul. Lenggok bahasanya membawa saya ke alam di mana berzina itu halal, merompak itu sebuah kitab, membaca bukan lagi perbuatan tapi sejenis makhluk dari planet lain.
Saya terpukau dengan pemikiran WNA yang bijak menghafal nama-nama yang saya sendiri tak kenal. Al maklumlah, saya orang kampung, manalah tahu nama-nama manusia ni. Buku nama-nama bayi yang pernah ada di rumah saya dulu pun saya tak baca habis, apatah lagi gabungan nama Muhammad, Yahudi Wahyudi, Zakir, Saut, Haron, Nisah, Taib, Alias, Affandi, Sitomurong, Emerson, Montaigne, Cervantut, Hassan, Hussin, Abu, Ali, Ya, Objek, Woolf, Sterne, Virginia (atau Restoran Vargina?), Borges dan ada beberapa nama lagi yang tak dapat saya sambungkan menjadi nama manusia.
Tetapi itu bukanlah tujuan utama WNA saya fikir, kerana apa yang diterangkan beliau ialah - menurut apa yang difahami saya - tentang keyakinan beliau dari sudut pandang beliau tentang Seni Penulisan.
Apa itu Seni Penulisan?
Menurut WNA, "Seni ialah alam. Dan alam itu ialah seni. Ia tidak boleh dibunuh."
Ohh, akhirnya selepas mengharungi nama-nama manusia, akhirnya di perenggan ke sembilan barulah saya faham maksudnya.
Saya tersangat setuju dengan WNA mengenai seni itu. 666 peratus diri saya, dari hati bersih saya bersama aliran darah saya yang penuh dengan kekotoran dan kenaifan, saya ulangi sekali lagi bahawa saya sangat sangat setuju dengan kenyataan WNA.
But, there's always a but in a but.
Tetapi, hujahnya bahawa seni itu alam dan alam tak dapat dibunuh, secara literalnya saya tidak setuju. Saya tidak merasakan seni itu alam dan alam itu seni yang tak boleh di bunuh. (Minta maaf, saya terpaksa memaksa pembaca mengulang sebanyak tiga kali ayat terakhir saya ini)
Saya tidak merasakan seni itu alam dan alam itu seni yang tak boleh di bunuh.
Saya tidak merasakan seni itu alam dan alam itu seni yang tak boleh di bunuh.
Saya tidak merasakan seni itu alam dan alam itu seni yang tak boleh di bunuh.
Saya menghormati WNA sebagai keringtikus sastera, tetapi kenyataannya itu terlalu bersifat diktator.
Saya tidak bersetuju secara 'bermetaforanya' tentang alam yang tak dapat dibunuh kerana saya sebagai Melayu-Muslim-Malaysia yang berfikiran lama tidak menganggap sebegitu.
Hujah saya senang, alam, seperti tuhan, akan dibunuh.
Oleh manusia.
Berbalik kedapa Qifhasdamha yang menghadiahkan saya zine ini, saya sangat terhutang jubur kepadanya tetapi tidak pula saya merasakan zine ini sudah sempurna 100 peratus kerana seperti 'alam' ianya tak pernah sempurna.
Walaubagaimanapun, naskhah KATA-KATA ini, saya syorkan kepada kalian yang ingin mengambil tahu tentang 'pergerakan senyap penulis muda yang jahat' supaya membeli naskhah ini. Naskhah permulaan dan akan diteruskan lagi, kata Ahmad Shafiq Halim kepada saya di pesta tua-tui itu. Jelas harapannya untuk melanjutkan kemaluan penulisan tanah air dan visinya yang patut disokung oleh para penilai, pemerhati, pencinta, pembenci, perogol, perompak, pelukis, pelacur, penagih dadah, Fared Ayam atau apa-apa jenis klasifikasi yang kamu dapat bayangkan.
Minta maaf, saya pinta untuk mengundur diri dulu kerana pesanan mesej sudah masuk ke telefon bimbit saya: tanda ada hal yang lebih penting untuk saya kecapi.
Wallahualam, semoga kita semua beroleh pengetahuan dan pergolakan dan peperangan dengan adanya perayaan penulisan.
Bukan setakat tulis-cetak-jual contengan anda dan kemudian terus menghilangkan diri sambung belajar atau apa-apa lah kerja.
Wassalam.
***
Untuk menempah zine ini sila hubungi jargonbooks@gmail.com
**Kelasahan tatabahasu dalam rencanai ini tidak disengajakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
►
2016
(8)
- ► September 2016 (1)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
▼
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com
2 comments:
*dibunuh. Dekatkan 'di' dan 'bunuh', bukan menunjukkan tempat.
Inspektor Sahab Bahasa.
dan sami sami zen pon mengangguk sambil menahan dahi drpd berkerut.