KASINO 'pundek' Saifullizan Tahir
Politik dan perniagaan adalah binatang-binatang liar sekawan dalam KASINO. Penulis Saifullizan Tahir sudah masak dengan gelagat binatang-binatang itu. Jelas novel ini ditulis berdasarkan pengalamannya sebagai arkitek yang biasa dengan budaya niaga di negara tercinta ini, yang tidak boleh lepas dari cakar politik.
Kisahnya berlegar sekitar empat belas hari dalam kehidupan Mohd Narcissus Yussof, watak utama novel KASINO ini, seorang usahawan Bumiputera yang mesti melangsaikan hutang RM3.8 juta kepada kerajaan negeri dalam masa dua minggu. Ia ditulis dari perspektif seorang ‘aku’ yang bercerita kepada seorang ‘kau’ dan ini membuat saya terjerumus dalam kekeliruan untuk membezakan suara penulis dengan suara watak yang ditulis, antara Saifullizan dengan Narcissus, kedua-duanya seorang arkitek. Watak Mohd Narcissus agak mencabar minda saya dan belum lagi dapat saya memutuskan antara membenci dan menyukainya.
Ini tidak bermakna
novel ini ialah sastera yang molek. Membacanya seperti berjalan dalam longkang
panjang yang sarat dengan nama-nama jenama mewah yang kebanyakannya tidak
pernah saya dengar. Setiap langkah ialah
penyeksaan. Ini mengecewakan bagi seseorang yang pernah memenangi Hadiah
Sastera Kumpulan Utusan. Setiap barang yang dipakai oleh watak-watak mahu
disebut jenama, seolah-olah pembaca dapat membayangkan barang-barang itu dengan
terperinci setelah mengetahui jenamanya.
Mungkin ini
disengajakan oleh Saifullizan untuk menegaskan watak Mohd Narcissus selaku
narator yang sangat mementingkan status dan kemewahan material. Mungkin juga
Saiful sendiri lemas dalam fantasi konsumerisme yang ada dalam kepala setiap
konsumer? Saya hanya mampu meneka sambil
menahan mual dalam perut. Apapun nama-nama itu tidak membantu naratif novel ini
malah ia membuat saya terapung di awang-awangan etelase Pavilion, jauh daripada
penceritaan.
Walhal novel ini
punya plot yang bagus dan ditulis dengan berani berdasarkan
pengalaman-pengalaman autentik. Mohd Narcissus mewakili kenyataan kehidupan
masakini golongan-golongan korporat Bumiputera yang dibanjiri kemewahan kotor. Gaya
penulisan yang terus terang menokok kepada ketulenan watak Mohd Narcissus,
walaupun kadang saya mempersoalkan tabiatnya yang suka mencarut ‘pundek,’
perkataan yang rasa saya tidak akan digunakan oleh golongan-golongan peminum
wain tegar yang memandu Carrera 911 GTS.
Soal-soal
ketuhanan dicurahkan dengan nada sinis oleh narator, seperti sepatutnya
dicurahkan oleh seorang materialistik yang bijak dan berpengalaman luas.
Sebenarnya novel ini banyak membuat saya berfikir. Hanya cara pencurahan
idea-idea yang terus daripada fikiran dan kenangan narator, atau daripada dialog,
membuatnya terasa mentah dan membosankan.
KASINO bukanlah
sebuah karya agung yang dinanti-nantikan oleh saya. Ia juga tidak banyak
berseni tetapi ia tidak lokek pengetahuan dan cabaran kepada pemikiran.
Bermanfaat membacanya tetapi cukuplah sekali saja saya melalui helaian-helaian
novel ini. Terima kasih kepada Vinlin Press yang memberi novel ini percuma
kepada saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
►
2016
(8)
- ► September 2016 (1)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
▼
2011
(9)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com
0 comments: