Pemerintah Vs. Kartunis
Di negara neutral seperti Switzerland menghasilkan kurang karya seni berbanding negara-negara lain seperti Russia, German, atau Perancis yang rakyatnya melalui fasa kritikal sama ada dari aspek politik mahu pun sosial. Begitu juga pada rentang masa Perang Dingin, karya-karya besar muncul di Eropah. Dari satu perspektif, karya seni seperti mengambil ruang untuk bernafas di celah era kritikal itu. Mereka yang bergelar orang seni menemukan inspirasi pada 'ketempangan' dan 'kekacauan' yang terjadi.
Situasi politik tanah air yang sejak 1998 sehingga ke hari ini masih dalam lingkungan skrip sama - sedikit perubahan watak di sana-sini, kita boleh kata - menyaksikan corak dan bentuk baru dalam wacana seni dan budaya. Terima kasih kepada sebuah parti politik yang berlumut di tampuk pemerintahan, penggiat seni menemukan keghairahan berkarya. Dari penulis, pembikin filem, penyair, busker dan kartunis, semua menjadikan situasi politik semasa sebagai subjek karya mereka.
Kalau bukan kerana legasi keruh yang menyaksikan barah kronisme dan nepotisme merebak sampai ke jantung sistem perundangan, kartunis Ronasina mungkin mengalami kesukaran untuk mencari inspirasi. Hanya beberapa minggu selepas buku kartun terbaru Zunar diterbitkan, Ronasina pula tampil dengan 'Koleksi Kartun Satira Rakyat: Negaraku' yang dilancarkan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) 22 Disember lepas, sekali gus meriuhkan lagi gelanggang seni kartun bergenre satira politik. Nampaknya, kartunis ingin berada di barisan hadapan wacana yang digelarkan Hishamuddin Rais sebagai 'seni untuk melawan.'
"Kita telah melintasi zaman kartun Lat. Satu ketika dulu orang sebut-sebut seni untuk seni atau seni untuk masyarakat. Sekarang itu sudah lapuk. Hari ini genre seni yang paling relevan dan saya paling setuju adalah 'seni untuk melawan'," kata Hishamuddin yang menyempurnakan majlis pelancaran yang turut dihadiri sasterawan A Samad Said.
'Koleksi Kartun Satira Rakyat: Negaraku' menyentuh sepak terajang dunia politik yang dipenuhi gelagat ahli-ahli politik sehinggalah ke institusi-institusi kerajaan yang bersilih ganti drama dan sandiwaranya.
Hishamuddin pada malam itu turut berkongsi cerita tentang Naji al-Ali, seorang kartunis Palestin yang mati dibunuh kerana tajam mengkritik pemerintah Arab dan regim Israel dalam lukisan kartunnya. Ali ditembak mati selepas melukis kartun yang mengaitkan seorang perempuan kenalan Yasser Arafat dan pemimpin PLO. Ali seterusnya menjadi nama yang dikenali komuniti Arab serata dunia.
Tak semua yang kenal Handala, watak kartun yang sinonim dengan Ali. Tapi sebagai warganegara internet (netizen) yang celik gosip politik, kita kenal dengan nama Bik Mama. Ia watak berbadan gempal dengan rambut besar dan perhiasan memenuhi tubuh badannya. Dia merupakan antara watak yang sering mengisi bingkai-bingkai kartun. 100 tahun dari sekarang, tidak hairan jika gambaran dan gelagat Bik Mama akan lebih diingati berbanding mana-mana watak dalam novel terbitan alaf 21. Malah, Ronasina pernah membuat video tutorial melukis kartun Bik Mama.
Membesar di era renaissance industri komik/kartun tanah air, Ronasina giat berkarya sejak di bangku sekolah. Reformasi pada '98 memacu karyanya ke arah genre satira yang sarat dengan kritikan terhadap dasar kerajaan. Bermula dari situ, pegawai di Kementerian Dalam Negeri mula bekerja keras untuk memastikan mereka tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan scene kartun. 'Gedung Kartun', 'Perak Darul Kartun', 'Isu Dalam Kartun', antara beberapa judul yang yang dihasilkan Ronasina bersama geng kartunis lain kini diharamkan kerajaan Malaysia.
Editor web Merdeka Review, Lim Hong Siang yang turut berucap, sempat berkongsi pengalaman ketika mengalami masalah kewangan untuk mengendalikan web portal itu. "Ronasina cakap dia mahu lukis, tak perlu bayar," katanya dan menambah, "tapi bagi saya, tak seharusnya ambil percuma karya orang seperti mereka. Sebab itu Merdeka Review terpaksa ditutup."
Tidak terbatas pada lukisan kartun semata-mata, Ronasina juga menulis artikel, cerpen, sajak, serta mengarah dan berlakon drama radio; semuanya dia simpulkan dengan dua perkataan yang, tidak seperti retorik politik, jelas dan bakal difahami oleh sesiapa yang mempunyai kewarasan fikiran: "Menumbangkan kerajaan."
Buku ' Negaraku' boleh dipesan dari:
http://tokobuku.fotopages.com atau layari fanpage http://www.facebook.comkartunronasina?fref=ts atau boleh emel ke raja_uda@yahoo.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
►
2016
(8)
- ► September 2016 (1)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
▼
2012
(14)
- ▼ Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
►
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com
0 comments: