DM are made for kickin': Seketul catatan ringkas Georgetown Literary Fest.

THE NOMAD'S PRAYER... Doa wajib sebagai persiapan mengikuti acara-acara kesenian.


Amcorp Mall di hujung minggu sentiasa penuh dan bising. Bagaimana mereka yang menghidap agoraphobia, dan dalam masa sama pencinta barang-barang buruk, berkarat dan hodoh dapat bertahan merempuh ratusan jenis manusia, semata-mata untuk membeli seketul batu yang kononnya pernah dipegang Elvis?





Apa-apa pun, di situ pada 24 November 2013 lalu, ketika meraikan penghidap-penghidap info, secara kebetulan saya terdengar perbualan senyap antara dua sahabat baik mengenai pelan mereka untuk menghadiri Georgetown Literary Festival, di oh ya, Georgetown. Sebaik saya memohon untuk menyertai pengembaraan mereka ke sana, saya telah di beri amaran agar tidak membawa apa-apa barang merbahaya seperti molotov cocktail, AK47 buatan Union of Soviet Socialist Republics, dan rumput. Eh... Rumput? Ya nama samaran yang saya lembu, tetapi di Malaysia rumput ini boleh didapati di mana-mana, di tepi jalan dsbg. Malah menurut seorang teman yang menjalani kehidupan ILA (I Love Alam) kadar peningkatan pasaran rumput dewasa ini sedang menaik. Mendadak. Warga Kuala Lumpur sebenarnya sedang stress dengan masalah yang mereka cipta sendiri, saya menyetujui.

Pun begitu, saya akur dengan kehendak dua teman saya tadi. Maka saya campakkan rumput-rumput itu dihadapan mereka, dalam bentuk verbal ke dalam tong sampah di sebelah meja makan, waktu itu juga.

Ya, siapa suka bersembang dengan pemakan rumput, dalam kereta, dengan perjalanan lebih empat jam. Macam bercakap dengan orang bodoh sebab sesetengah pemakan mudah keliru dengan konsep masa, kecuali kalau semua pemandu dan penumpang itu ada penyakit epilipsi atau kemurungan dan tekanan darah rendah di bawah 5. Pernah sekali, seorang sahabat, waktu sedang bersembang beramai-ramai, dengan tiba-tiba dan selamba bercakap kepada kami hal yang kami sembangkan semalam.

Jadi sebagai insan yang digelar atau lebih kejam dan keji, dituduh sebagai pemakan rumput, saya memilih untuk buat pekak dan kadang-kadang tidur.

Dalam perjalanan saya sempat berterdengar pebualan perlahan mereka mengenai aturcara dan pelan untuk mengikuti aturcara yang mana satu, yang menarik dan sebagainya, sebelum saya tertidur beberapa minit dan terjaga semula apabila terdengar nama-nama si polan, si artis, si penyair, si... si... si... disebut-sebut.

Dari tiga kami, cuma saya yang paling jahil dan tak true dalam dunia kesenian mahu pun kesusasteraan Malaysia, terutamanya Georgetown Literary Festival 2013. Jadi saya lebih banyak mendengar perbualan-perbualan dua sahabat saya itu dan dapatlah sedikit sebanyak simpulkan pra-pengalaman saya bahawa ia sebuah acara besar dengan puluhan penulis, penyair, dari serata pelusuk dunia termasuk Marco Ferrarese, pemain gitar dan seorang yang secara terbuka mengakui bahawa dirinya seorang punk, dari Italy, dengan pengalaman mengembara ke lebih 50 buah negara dan akhirnya bermastautin di Malaysia sebelum mengeluarkan novel bernama Nazi Goreng.

Sesampai di sekitar Georgetown, kami singgah sekejap di Jalan Pintal Tali, untuk melihat barang-barang rare, mana tahu balik KL nanti saya boleh katok jual dengan harga maha tinggi, tetapi malangnya rarity itu sudah ditelan kejujuran dan kehendak untuk hidup (bukan kehendak untuk kick lagi). Sudah tidak ada lagi mereka yang menjual sebelah selipar masjid, atau batu-batu kelikir atau seluar dalam curi. Ianya dah berganti dengan...

BAHAGIA DI PINTAL TALI... Di sekolah aku dulu ada sekumpulan pelajar  menamakan grup mereka Keluarga Bahagia, aktivis surau. Aku tak join.


Selepas tamat tawaf, kami bergegas dengan perlahan dan sabar untuk mencari tempat penginapan paling ter-now, tetapi malangnya hampir kesemuanya sudah penuh, dan dalam pencarian itu terdetik juga untuk saya turun dari Honda Grand Livina 1.6 L sahabat saya itu, itu untuk menyertai sebuah motel (atau backpackers motel. Apa bezanya kan? 70% tak pakai deodorant juga) yang penuh dengan pemakan rumput, tetapi sebagai Lembu Melayu yang menghormati tatatusila adab dan adat dalam menumpang orang, saya batalkan niat yang kurang ajar itu. Mungkin atas faktor makanan bernama Serabai yang di cicah dengan kuah durian beberapa jam sebelum itu di pasar Gelugor.

SERABAI... Fullstop.



Bagaimana pun, akhirnya kami ketemui sebuah motel penginapan murah di Modern Hotel di Lebuh Leith, (RM50 semalam, tiga katil, satu bilik air dan balkoni). Ianya sebuah motel tua, dipenuhi orang tua, tetapi sangat kuat aroma arsitektur British yang di-crossover dengan semangat Mamak sebelum di-crossover-kan lagi dengan atmosfera a la kawasan pelacuran murah. Oh balkoni kami yang luas ini juga menghadap bangunan berkaca yang mana di bawahnya penuh dengan honestly hardcore homeless by choice, satu aktiviti jangka panjang buat mereka yang terpaksa dan tersengaja untuk hidup sebegitu, saya rasa.

TUA... Bukan bermaksud tak pandai main mahjong, melengung 20 jam di meja belakang itu tanpa bercakap, atau menulis untuk mendaftar BR1M contohnya.


Selepas bersiap tiga kami dengan menyalut tubuh dengan pakaian tercantik dan ter-cool masing-masing, kami bergegas ke Sekeping Victoria, tempat di mana These Boots are Made for Walking, yakni acara ke-empat untuk 30 November itu.

Di moderatorkan oleh Ksatriya, These Boots membawa Elaine Foster, Melizarani T Selva, dan Sheena Baharuddin berkejaran bertukar-tukar mikrofon untuk menyampaikan puisi masing-masing, dengan lenggok tubuh yang wallahualam/subhanallah seksi, tapi masih dengan suara yang jelas malah kuat ritmanya, selain berselit pula dengan bahasa mulut yang berhalwa sarkasme yang divisualkan oleh tubuh yang menyampaikannya secara provokatif, seksi. Saya sangat gembira dan berpuas hati melihatkan gaya sebegini sebelum saya terjatuh ke dalam (asalnya) lopak, tetapi rupa-rupanya lubang dalam yang echo-nya dipenuhi dengan suara-suara bersemangat, semacam satu mesej lantang yang berselindung di balik nama puisi.

FOKUS... Sheena Baharuddin memerhatikan kedua tangannya menumbuk. (Sila kelik pada gambar, ikhsan dari Jargonbooks, untuk mendalami dengan lebih terperinci semangat penumbuk beliau.)

Itu yang saya fikir ketika meninggalkan kerusi plastik merah untuk ke bahagian belakang Sekeping Victoria sebelum terserempak pula dengan seorang kolumnis akhbar berbahasa Inggeris, untuk berkongsi menghidu asap rokok masing-masing.

Selepas puas merokok (bukan puas bersembang) di belakang, kami maju kembali ke ruang utama untuk menyambung misi aku untuk memahami dengan lebih mendalam, dari sudut linguistik dan moronistik, seniman-seniman itu. Malangnya, saya gagal! Bukan saja sebab tak tahu apa maksud linguistik dan moronistik itu, tetapi saya gagal kerana terpukau dengan performance art mereka di pentas: ketiga-tiga penyair di pentas tengah, menurut teman yang menemani saya dan fotografer peribadi saya, ianya sebuah persembahan slam poetry.

TIGA /// PEMUISI... Bukan gambar sebenar. Ikhsan google image.


Dari ulasan ringkas Rumah Penerbitan Obscura Malaysia, saya paraungkapankan kembali: Agak mandom bila mendengar sesi feminisme mereka, yang bunyinya macam janda ketagih ais, yang masih tersekat dalam kerangka pemikiran perjuangan feminisme klasik dengan simbolisme dan bahasa sama, untuk memperkasakan wanita Malaysia (tak desak PM buat bank untuk wanita juga ker?), dengan ayat serta perkataan yang sekali lalu macam 'marah-marah-cool-sebab-I-penyair' dan bold, tetapi selepas ditermenungkan sedikit waktu pekena nasi minyak berlauk kambing di Kasim Mustafa, ia agak tak now sebab gaya penyampaian provokatif dan mesej berbaur ceramah-langsung, atau penyeruan atau khutbah.

Di akhirnya ketika menjilat kuah yang melekat di jari, kami bersetuju secara umum, bahawa kesemua perjuangan feminisme mak nenek mereka itu adalah berpunca kepada kurangnya bergaul dengan orang gila.

Mungkin, saya fikir, khalayak pendengar bertepuk kuat dan bersorak setiap kali mereka menggoyang sedikit jubur atau tangan atau apa-apa, sebab khalayak pendengar, saya yakin, mereka pun pernah tengok Monty Python atau paling biasa pun Sketsa Senario. (About Senario, I have a big doubt since all the audience, I guess, looks like a kind you see at coffee shop, smoking and puffing beautiful aroma of tobacco and coffee, while talking about carrots for four hours.)

Seniman, atau lebih tepat penyair, mengikut pemahaman saya yang bengap dan bahalol, mereka ini bukanlah penceramah. Seniman, atau penyair merupakan khadam, penghubung, atau medium untuk memakna dan menjelaskan sesebuah perspektif dan idea. Tetapi apabila setelah sekian lama penyair/seniman kekal dan tidak berubah, bererti dia bukanlah lagi makhluk. Sebab dia tak ber-evolusi maka dia tidak (patut kekal) wujud. 

"aku (tak) ber-evolusi maka aku (mungkin) mati (idea)."

Baju sama perangai lama.

Ia adalah salah satu ranting acara GLF digelar Poetry at Lunch - These Boots are Made for Walking. Menurut penganjur, ianya himpunan koleksi introspektif, kepemerhatian dan persembahan solo, duet dan kumpulan yang menggunakan kata-kata untuk mengorek landskap dan objektifikasi, kolonialisme, dan semangat negara-bangsa, dengan menggunakan tubuh wanita sebagai hamparan persembahan.

Kelihatan aneh, sebuah festival yang besar sebegini (masih lagi memberi ruang untuk membincang atau menyeru atau mempersembahkan sebuah Idea mengenai wanita, walau milenium sudah berlalu belasan tahun lampau. Gaya ini, tak ubah seperti Ustaz Kazim yang terlalu mencuba untuk menarik perhatian orang dengan lakonan dalam ceramah agamanya dan dalam masa sama menyampaikan 'pengulangan idea' yang sama.

Menurut Tash Aw, (saya paraungkapankan) di acara yang lain beberapa jam kemudian, untuk mendapatkan gaya tersendiri bukan boleh terus tiba-tiba ada; Kita tak akan sedar akan gaya sendiri sebab gaya itu tak pernah sedar proses evolusinya sendiri. Ia umpama nafas berbau, kau tak sedar nafas kau yang di bawa merata tempat itu buat orang muntah di dalam tren. Tapi ya, itu gaya kau.

Dan bila terlampau bergaya dan bertukar-tukar gaya (untuk menyampaikan mesej sama) sangat pula, ia kelihatan mengada-ngada dan agak kelihatan err, tak berapa nampak seniman (yang mana seniman, saya rasa, sepatutnya bertinju dengan minda sendiri untuk hasilkan karya dan memperbaiki idea), kalau seniman lah.

Bermain isu penindasan terhadap wanita ni membosankan. Tambah-tambah bermain di khalayak yang lebih kurang sama, jadi tebaran jalanya itu cuma menyerkap jenis yang sama sahaja. Abah saya tak minat menjala ikan sebab 1) menjala ini mengganggu pemancing, dan 2) ia kerja orang tamak dan tak sabar, serta 3) menjala ni mudah untuk dapat jenis ikan yang sama, dan terang tang-tang tak syok kot. Tak thrill.

Kadang sebagai penjala ikan, bosan juga menjala ikan keli saja. Kadang nak juga lampam, atau kalau rare sikit semilang pun cantik. Kecuali kalau kau seorang seniman miskin yang seperti ayam, 'apa di depan kepala kau ketuk'. Malangnya ayam itu ayam sangkar, hari-hari ketuk benda sama.

Penipuan yang berulang kali boleh buat orang percaya. Tetapi sebagai warga yang bergelumang dengan kreativiti, pengulangan berulang kali boleh bikin orang toya. Apatah lagi kalau mesejnya cuma berligar disekitar audien sama. Bagai katak di bawah tempurung kaca, ia nampak apa yang berlaku di luar, tetapi tak mampu untuk keluar dan merasa.

Lima belas minit kemudian, program Reading and Panel Discussion - Lost in Malaysia. Menampilkan Shamini Flint, Preeta Samarasan dan Dr Ghulam-Sarwar Yousof serta sepatutnya Cecil Rajendra (penyair tersohor tanah air yang tidak muncul sampai ke sudah). Mungkin dia 'sesat' dalam perjalan ke 'Malaysia' bawaan GLF ini.

Jujur cakap, ini saya pun benar-benar lost. Kecuali mengenai apa yang dikatakan Dr Ghulam, "we don't understand each other" dengan tambahan ayat saya, "because we are middle class, we wrote in Manglish!" Mungkin mereka patut cuba melintas MRR2 di hari Jumaat sekitar jam 12 ke 2 petang untuk merasai dengan fizikal dan mental cabaran melintas jalan yang sangat sibuk itu. (Kalau tak ada kerja apa la).

Di acara diskusi Counter Culture, Marco Ferrarese (yang di sebut di perenggan ke-empat di atas) secara tak sengaja telah terjelupuk jatuh di lantai pentas dari atas meja ketika melompat dari meja penonton ke meja pentas. Saya orang pertama yang menjerit dan menepuk tangan tatkala beliau terjatuh, kerana pada sangkaan saya, seorang lelaki yang berpengalaman dalam mengembara (mengenal Dunia) tak mungkin boleh terjatuh sehuduh dan seburuk itu, tambahan bahawa dia punk.

SARKAStik.... Sebelum kejadian, Marco bersemangat membaca dengan suara mumble. (Foto ikhsan (tanpa beritahu) dari Obscura Malaysia)


Memang pasti dia sedang buat sebuah lawak praktikal, sebuah sketsa. Style prank Andy Kauffman yang makan tahun punya untuk sedar, tahu dan faham. 

Keyakinan mengenai jenakanya ini datang ketika sebelum memulakan acara, Marco menyinting lengan tee-nya, sebelum menggenggam mikrofon untuk membaca petikan dari novel terbarunya Nazi Goreng, kisah skinhead Nazi dari Kedah pemeluk faham Kuasa Melayu (Malay Power) yang insaf dan kembali ke jalan yang benar, cerah dan cemerlang.

Pada ketika yang sama membaca petikan Nazi Goreng, saya tak tahu bagaimana nak kisahkan di sini kecuali dengan meminjam sebuah petikan indah yang berbunyi begini:

"He says as he spouts jibber-jabber from pink, watery lips/ like swine-filled halos of doom" - Jerit (Malay for 'howl') dari naskhah terbaru Bernince Chauly, Onkalo: 2013.

Panelis kedua, Shamini Flint pula berkata, yang saya faham, dalam situasi keagresifan Marco, "Hang tak payah pi jauh untuk jadi subversif. Di Singapura, aku jugak macam hang; subversif juga. Aku parking kereta atas double line, pastu kena denda kot."

Dan ketika tamat acara These Boots itu, saya sempat menerpa ke meja kecil bersebelahan pentas untuk mendapatkan koleksi puisi Shareena (dengan tanda tangan siap, walau pun saya tak minta) dan album RED oleh Ksatriya.

Apa yang saya sedar kemudiannya, kami bertiga sudah berada di Gurney mendengar sahabat saya mengomel mengenai betapa taiknya steambot yang kami makan di situ. Malahan pula, gerai-gerai di situ sudah mahu tutup, maka kami lanjutkan lagi brain storming di pesisir pantai Gurney mengenai kebosanan di acara petang tadi itu, selain kemeriahan mata dan nafsu melihat kepelbagaian bangsa, agama, dan kondom kering yang dilekat di sebuah dahan kecil di tempat duduk awam di Gurney.

Keesokan petangnya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di Kuala Sepetang, Perak untuk merasa kejahatan Mee Udang yang menurut bualan dari pelbagai connoisseur Mee Udang, Kuala Sepetang tak pernah putus udang. Jadi, dengan angkuh dan bahalolnya saya pesan Super Udang untuk diletakkan di dalam Mee rebus. (Udang Super sebenarnya, disebabkan saiz yang besar sebesar penumbuk).

Teksturnya yang tidak lembut dan tidak pula terlalu keras itu serta merta menjadi enak tatkala udang yang telah dikopak kulitnya menyentuh permukaan tengah lidah saya. Aroma udang yang segar itu bagai simfoni okestra (tanpa pemain kastenet) apabila lidah saya menerima sedikit cecair kuahnya sebelum dikunyah bersama mee yang sudah lebih lima minit direndam di dalam kuah berperisa udang.

Garam, gula, belacan yang telah ditumis bersama bawang putih hancur dan bawang merah menambahkan sedikit khayal buat saya pada petang itu, sebelum saya berikan 2/3 dari portion saya kepada sahabat saya untuk dihabiskan atas alasan susah nak kupas kulit super udang itu, selain faktor menyampah dengan rasanya yang secara jujur saya akui, saya pernah rasa yang lebih enak dan lebih berjiwa dihasilkan beberapa tahun dahulu oleh seorang perempuan tabah yang saya gelar sebagai emak.

Pada jam yang lainnya, saya meminta dengan penuh adab dan tatatusila kepada pemandu, yang menurutnya ketika itu sudah menyampah dengan perangai saya, untuk turunkan saya di sebuah Masjid di Kamunting. Sesampai di masjid tersebut, hati saya mencair, iman yang saya erat dan ikat di dada ini bergolak, segala gene-gene keimanan saya melompat-lompat mahu keluar dari tubuh bila melihat dari jauh, terdapat dua manusia berpakaian kain lembut, kepala dikatup dengan kain putih manakala dibawah pusat mereka telah tersemat ikatan pelekat. Mereka sedang leka bersembang di kerusi di tangga masjid.

Kepala saya jadi pinau. Apa aku nak buat depan masjid ni?

Serta merta rangkap terakhir dari The Great Gatsby bertubi-tubi menembak dalam bentuk aksara-aksara; so beat on, boats against the current, borne back ceaselessly into the past. 

Hampir-hampir saya mahu menjejak pintu utama Masjid dengan langkah kaki kanan untuk memulakan larian menuju tandas secepat mungkin, tetapi syukur, apabila serta merta saya terdengar jeritan Hoi! dari arah kiri pintu masjid. Jeritan-jeritan jenis kasar ini lebih senang saya terima, maka tolehlah kepala ke arah suara itu, dan alangkah terkejutnya bila melihatkan suara si pemanggil itu: beliaulah bakal pemandu saya yang akan menghantar saya ke stesen bas Kamunting untuk mendapatkan bas ke Butterworth sebelum melompat pulang ke kampung keesokan harinya. Beliau seumpama pintu gerbang pembuka solidariti untuk diri sendiri di sebuah hotel di Butterworth, sebelum melanjutkan perjalanan saya ke kampung halaman di utara Malaysia yang menyimpan dan memiliki pandora sejarah paling lama buat Tanah Melayu dan Malaysia, dan ehem, tetapi tidak pula mengangkat diri sebagai negeri yang punya sejarah kosmopolitan yang besar itu.

Negeri yang bahasanya kasar, jenakanya samseng, tetapi mulus dan stylo dalam bersosial yakni Kedah Darulaman.



[Bakal di sambung]**


**Tapi tak tau bila.

4 comments:

Päk Läng berkata...

kedah, tang mana?

Tanpa Nama berkata...

Hang maksudkan sambungan cerita ni Kedah kat mana atau aku duduk kedah kat mana?

- Zhafir

Tanpa Nama berkata...

maksud aku, hang duduk kedah tang mana? mana tau kot² boleh lepak pekena kopi sekali bila².

*catatan yang sempoi

Tanpa Nama berkata...

La kat KL. Kalau balik kedah pon selalu area Jitra, loqstaq atau SP.

- zhafir

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.