Puisi Sebagai Terapi



Adam Philips


Oleh EH London

KALI pertama bersua muka dengan Adam Phillips, tak siapa menjangkakannya seorang ahli psikologi. Pejabatnya di Notting Hill hanya penuh dengan buku memenuhi dinding dan bertimbunan di lantai. Tetapi selain manual terapeutik, kamu pasti tersua dengan beberapa puisi buah tangan J.H. Prynne, Percy Bysshe Shelley and Geoffrey Hill. Siri lengkap “À la recherche du temps perdu” bersarang di dinding. Beliau tak akan keluar daripada kuad Oxford sebagai tutor—di mana beliau menekuni bahasa Ingeris sebelum latihan sebagai psikoterapis kanak-kanak di London.

Semua pengaruh ini mempengaruhi kerja-kerja psikoanalitikalnya. Buku-bukunya termasuk On Kissing, Tickling, and Being Bored (1993), On Flirtation (1995) and On Balance (2010).

Pendekatan idea psikoanalikal melalui lebih banyak kanta serong sastera, ia takkan menyembuhkan neurosis, tetapi akan menjadi bacaan yang menarik. Beliau juga mengusahakan bengkel buku  Lutyens & Rubinstein—gelanggang tempat bertukar pandangan dengan pemuisi tentang kehidupan seputar hidup mereka. Philip Gross, John Fuller, Adam O’Riordan, Bernard O’Donoghue, John Burnside, Christopher Reid dan Jo Shapcott, semua mereka pernah terlibat.

Kami berbual dengan Phillips tentang puisi sebagai bentuk dan risiko membaca kritikan psikoanalitikal.




Bagaimana kamu melihat hubungan antara psikoanalisis dengan puisi?


Hubungan paling jelas, kedua-duanya seni berbahasa. Freud mencadangkan, tidak semestinya kita bercakap melalui puisi, kerana puisi mempunyai bait pengakhiran, tetapi kita berpotensi berkata-kata dengan menyentuh hati dan kekaburan yang banyak didapati dalam puisi. Jadi, untuk meletakkannya sedikit berbeza: bacaan puisi menjadi latihan yang amat baik untuk psikoanalisis.


Dalam prakata On Flirtation, kamu menggelar psikoanalisis sebagai “puisi amali”--boleh  huraikannya?

Dalam satu sisi, psikoanalisis bersifat praktikal dari segi cubaan menyelesaikan masalah, atau menyembuhkan seseorang, atau sekurang-kurangnya mengenalpasti penderitaannya. Tetapi suatu lagi perkara yang dilakukan psikoanalisis, membolehkan seseorang berbicara. Ia cubaan mencipta keadaan mereka boleh berbicara dengan penuh tanggungjawab.

Sebagaiman Freud menerokai suasana atau rawatan di mana manusia tidak mampu berbicara melalui puisi, tetapi mereka masih boleh meluahkan perasaan seluruhnya. (Satu sesi) selama 50 minit, setiap sama saban minggu, benar-benar seperti soneta 14 bait. Ia sama. Bentuk itu membenarkan artikulasi.



Jadi ada kekangan puisi yang menghubungkannya dengan bentuk-bentuk terapi?

Tepat sekali.

Kita boleh membuat perbandingan antara kemungkinan buruknya reputasi psikoanalisis dan puisi dalam masa yang sama—puisi itu kabur, adakah ini sukar?


Dalam sisi yang lain, ia cuma persoalan selera. Jika seseorang itu tidak sukakan sesuatu, mereka hanya tidak sukakannya. Tetapi apabila ia bukan hanya persoalan rasa dan kepekaan, saya fikir ia satu rintangan dan amat menakutkan. Puisi, tidak seperti muzik, mampu menggerakkan jalan dengan cara yang tidak biasa. Orang yang membenci psikoanalatikal akan selalu membencinya. Dan saya fikir alasannya cuma tentang bagaimana mereka mahu terus berhubung. Kerana ia memiliki sesuatu, seperti lazimnya pada sepotong puisi.


Apabila kamu berkata puisi membuat seseorang merasai apa yang biasanya mereka tidak mahu, seperti muzik—adakah kamu bayangkan puisi mempunyai kegunaan terapeutik?

Ya, saya fikir ia berguna. Dalam catatan hariannya, Kafka menulis, kira-kira berbunyi: “sastera itu umpama kapak untuk memecahkan lautan beku dalam jiwa kita”. Saya fikir kita amat gentar pada intensiti dan melampaui batas emosi dalam kehidupan. Dan seni sesungguhnya—jika anda kebetulan suka puisi, puisilah, tetapi ia boleh jadi juga muzik—boleh mengundang kenikmatan perasaan. Dan juga untuk menerokai perkara yang sangat penting untuk kamu. Jika ia mendekati, ia benar-benar mendekati kamu, cuma kamu tidak endahkannya.

Seorang pengkritik berkata, beliau harus mengulang baca buku-buku kamu untuk memahami keseluruhan isinya. Adakah kamu melihat prosa-prosa kamu mirip kepada puisi—sebagai bentuk seni yang menuntut pembacaan penuh tekun?

Saya rasa ia benar, dan sebahagiannya secara beransur-ansur—dalam erti kata manusia menulis kerana mereka membaca, dan semua penulis yang saya gemar adalah pemuisi. Bagaimanapun, bagaimana seseorang itu menulis sedikit misteri kepada diri mereka sendiri. Kamu hanya lakukannya. Pengalaman saya sendiri, saya duduk, tulis dan saya jadikannya rasa kena di telinga saya, atau baik, atau menarik. Itu saja.

Adakah psikoanalsisis lebih kuat kepada sastera daripada tujuan perubatan?

Saya benar-benar fikir ia hanya kukuh sebagai bentuk sastera. Saya fikir menerimanya sebagai bentuk rawatan perubatan hanya membunuhnya.


Boleh kamu menganalisis puisi dalam bentuk yang sama kamu menganalisis pesakit?


Tidak, tetapi terdapat pertindihan. Perbezaan besar, yang sangat nyata, puisi tidak boleh menjawab kembali. Kita boleh gunakan apa yang diambil dari psikoanalisis untuk mentafsir puisi. Tetapi seperti yang kamu tahu, beban kritikan psikoanalatikal adalah perkara yang paling membosankan di muka bumi. Kamu fikir, kenapa mereka menulisnya?




*Tulisan ini  diterjemah oleh Jimadie Shah Othman dari majalah The Economist dan disiarkan pertama kali di zine fragranfrantik.

0 comments: