Berkuburnya sebuah lagi majalah kartun
Oleh RONASINA
Saya mengikuti dunia kartun tanahair sejak kecil. Tidak siapa dapat nafikan kehebatan majalah kartun ketika era Gila-Gila meledakkan pasaran pada 1 April 1978 sehingga kemudiannya pasaran menerima lambakan majalah kartun. Gila-Gila seperti sebuah akademi yang melahirkan bintang-bintang. Kebanyakan kartunis era 80-90an atau berumur 30 tahun ke atas hari ini adalah produk Gila-Gila. Secara kasar kiraan saya ada tidak kurang 100 kartunis masih aktif hari ini. Tapi mengapa majalah kartun semakin mati dan kartunis pada hari ini hanya melukis karikatur di sudut kompleks, mall atau di majlis-majlis? Apa sudah jadi?
Gila-Gila masih hidup hari ini tetapi berapa jualannya setiap keluaran? Apa impaknya pada masyarakat? Berapa ramai pengikutnya dulu masih membeli? Atau berapa ramai masih sedar kewujudannya?
Apa masalah hari ini? Ada yang menyatakan kemasukan komik Hong Kong dan manga dari Jepun telah membunuh industri komik dan kartun tanahair. Itu ada benar juga. Tetapi mengapa kita gagal bersaing? Gila-Gila hari ini masih mengulangtayang kartun-kartun lama yang generasi sekarang susah nak hayati. Ia hanya nostalgia sahaja. Cerita-cerita lawak suami isteri berebut nak balik beraya di kampung siapa sudah tidak relevan lagi kerana hari ini lebuhraya sudah siap. Boleh beraya di dua-dua kampung. Lawak apa hari ini?
Baiklah. Sebenarnya sesuatu itu meletup apabila ia bersifat melawan arus. Ini fitrah manusia. Ini hakikat. Majalah Gila-Gila meletup kerana ia melawan arus yang menjadi budaya ketika itu. Kartun dan majalah sebegitu sudah ada (majalah Ha Hu Hum sudah ada) tetapi Gila-Gila tampil penuh bergaya dengan suntikan 'pop' walaupun satira. Karikatur A.R Badul yang ngetop waktu itu menghiasi muka depan Gila-Gila nombor satu. Selepas itu permintaannya terus tinggi, terus meletup. Kartunis bak artis pujaan. Saingan terdekat majalah Gelihati.
Peneraju awal Gila-Gila, kartunis Mishar kemudian menerbitkan majalah Batu Api. Majalah ini kemudiannya meletup sehingga edarannya pada suatu masa mengatasi Gila-Gila. Tahun 1988 tak silap perpindahan beramai-ramai kartunis Gila-Gila ke Batu Api dan Warta Jenaka, sebuah akhbar humor terbitan syarikat yang sama dengan Batu Api.
Gila-Gila terus nombor satu kerana adanya waktu itu kartunis Ujang (Ibrahim Anon). Mengapa? kerana Ujang juga 'counter culture'. Membawa imej anak muda dengan budaya berontak. Karektor Atuk berperangai seperti anak muda, Aku Budak Minang, Aca adalah gambaran waktu itu. Zaman rock, zaman anak muda. Kartunis Gayour di Gelihati juga turut popular kerana imej rock. Malah Lat juga di awal kemunculannya adalah 'counter culture' juga dengan kartun-kartun satiranya. Keluarga Mamat adalah 'counter culture', Kampung Boy. Keluarga Mamat di Berita Harian sangat popular dan Utusan mengimbanginya dengan Din Teksi karya Nan.
Lama kelamaan apabila banyak majalah muncul dengan membawa formula sama, ia sudah jadi budaya. Ia tidak lawan lagi. Ia seperti sebuah lagi restoran tomyam di tepi jalan yang sudah penuh restoran tomyam. Gelihati, Mat Jenin, Batu Api (walaupun beberapa kali cuba dihidupkan, gagal!), Seloka 21, Telatah Olok-Olok, Humor, Jenaka, Boom, Gelagat semuanya mati. Kerana ia tidak membawa formula baru melawan arus maka ia gagal. Sesetengahnya mati kerana masalah pengurusan.
Tetapi apabila kartunis Ujang bersama Kharisma Publication muncul dengan majalah Ujang, suasana kembali berubah. Ujang dengan Gayour, kombinasi ikon anak muda berjaya menjadikan suasana yang baru. Kartunis Aie dari majalah Jenaka tanpa disangka mengatasi mereka. Tetapi itu lebih melonjakkan majalah ini dan membentuk budaya baru. Begitu juga kartunis yang lain yang 'brilliant' seperti Nik. Ujang memberikan imej baru kepada kartunis-kartunis yang sudah bergiat di penerbitan lama tetapi belum popular. Majalah Ujang memperkenalkan muka depan (cover) dilukis dengan akrilik oleh Yaz Malee.
Majalah Ujang juga 'melanggar' formula skema apabila lukisan kartun di'detail'kan dengan latar belakang yang cantik, panel atau bingkai yang bebas tidak terikat, boleh senget-senget sedangkan sebelum itu ia adalah pantang dan termasuk dalam disiplin berkartun. Lawaknya 'cukup-cukup'. Kesan majalah Ujang ini juga telah menenggelamkan majalah 'senior' sebaliknya majalah senior mula terikut corak persembahan Ujang. Rentetan fenomena ini timbul lagi majalah kartun baru yang persembahannya juga ala Ujang. Ternyata yang meniru juga gagal. (Tulisan ini bukan hendak cerita tentang kronologi sejarah dunia kartun maka tidak perlu diperincikan dengan krisis Ujang dengan MOY atau lain-lain)
Hari ini majalah Ujang dan APO? berapa edarannya? masihkah mereka mengekalkan identiti awal penerbitan? Ia terpaksa berubah dan terikut-ikut pula dengan majalah generasi hari ini seperti Gempak dan lain-lain yang saya 'tak boleh masuk'.
Majalah kartun mati kerana ia tidak mendengar suara hari ini. Apa suara hari ini? Ia ada kaitan dengan politik semasa juga. Dato' Lat dalam kenyataannya tidak bersetuju dengan kartun politik yang mengkritik keras pemimpin negara. Dengan tidak menafikan sumbangan Lat yang 'counter culture' saya tidak juga boleh bersetuju dengan Lat. Zunar dan Rossem adalah kartunis yang mula muncul mengkritik pemerintah. Soal kita setuju atau tidak dengan persembahan mereka adalah perkara lain. Bersama Ronasina selaku editor, Jonos (ketua pelukis) dan kawan-kawan seperti kartunis Haili, Enot (sekadar beberapa nama) majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif milik Zunar telah meletup, bukan sahaja menggegar pasaran malah menggegar kerajaan. Majalah ini diharamkan!
Itu jawapannya. Itu noktahnya. Sesuatu itu meletup apabila ia melawan arus dan kebiasaan ketika zaman itu. Siapa dapat nafikan zaman ini zaman pergolakan politik? Impak Gedung Kartun inilah telah menarik perhatian kerajaan untuk memberi peruntukan menerbitkan majalah kartun pro mereka. Sebelum ini ada seterang begitu?
Di dunia internet, jika anda layari Malaysian Gags anda akan dapati komik, humor baru telah dimulai mereka dan sambutannya sangat hebat. Ini humor generasi baru. Yang 'lawan budaya'. Istilah hari ini 'troll'. Percayalah! jika kerajaan tidak mengharamkan Gedung Kartun saya yakin ia akan popular, nombor satu, meletup, jadi ikutan, impaknya akan melahirkan banyak lagi majalah sebegitu sehingga pemerintah terancam.
Inilah zaman ini. zaman sesiapa yang mengikut arus menjadi tidak relevan. Apa saja kerja seni yang membodek tidak dilayan oleh generasi hari ini. Filem, drama, teater, lagu apa sahaja akan statik, lembik dan sayur. Kita boleh menafikannya dengan mulut tetapi cuba tanya dalam hati betul-betul. tanpa ada agenda apa-apa, tanpa berpihak mana-mana, benar atau tidak zaman ini zaman kemelut politik? Di pihak mana kartunis berdiri pada era ini, ada tidak mereka mengambil bahagian? Jika kartunis berkata 'aku tidak campur politik di situlah salah kerana politik bukan hal-hal kepartian tetapi politik adalah persekitaran. Kartunis tidak boleh lari merakamkan isu harga barang naik, gaji rendah atau apa isu pun. Tidak kisah menyokong atau membangkang tetapi ia mesti jujur dan penuh tanggungjawab. Paling penting kartunis bukan pak angguk menerima arahan demi perut.
Itu peranan kartunis dan karya kartun mereka.
* Seorang kartunis dan merupakan editor majalah Posto.
Dengar cerita majalah kartun G3 terbitan Karangkraf terkubur. Majalah yang menghimpunkan kartunis senior dan baru ini terpaksa akur dengan keadaan hari ini. Karangkraf antara syarikat yang melakar sejarah awal kerana pada hujung 1970an mereka menerbitkan Gelihati dan bersaing hebat dengan majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise.

Labels:
artikel
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
►
2016
(8)
- ► September 2016 (1)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
▼
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
►
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com
11 comments:
sungguh betul apa yg anda katakan..zaman skrg lawak2 lama dh xsesuai..apetah lg anak2 muda skrg lg suka layan internet yg mnyediakn selera masing2..tp kalau komik kite dpt bebas mcm gedung kartun tu nescaya industri komik kite kembali gemilang..
Saya Cina dan saya suka sangat majalah Gila-Gila dan saya cuba dapatkan naskah Gila-Gila seawal boleh sesampainaya di Kuching. Ingat masa tu saya dalam Tingkatan 5.
Great write-up. There is an ongoing exhibition on Gila-Gila at Galeri Petronas at the moment. Really brought back the old memories!
Dulu saya peminat setia majalah GELIHATI. Selalu hantar karya dalam "puisi dari album lagu" menggunakan nama pena Bro Afish. Biasanya puisi lucu yang tersiar itu akan diiringi bersama karikatur kartun oleh Gayour. Pada asalnya saya ada menyimpan koleksi majalah GELIHATI dan GILA-GILA tapi ianya musnah dalam kebakaran rumah mak saya pada tahun 2004.
SAYA SALAH SORANG PEMINAT MAJALAH GILA-GILA TAPI SAYA NAK TAU MAJALAH NIE MMG DAH TAK WJUD KER?? SAPER2 YG TAHU TUE POHON BERITAHU SAYA YER STATUS MAJALAH GILA-GILA SEKARANG
I'm one of he biggest fan of Gila-Gila & Ujang during my early days . around '90s and unfortunately left all behind to pursue my career. But recently I bought a magazine - Ujang just to follow up after soo many years and to my surprise I fell in love again with this magazines.. looking forward to read all what I left behind... huhu!!!
rindu majalah kartun malaysia gelihati n batu api
Saya suka kartun dulu yg mengkritik jujur. Sampi skrg tercari2 kartun yg jujur spt gila gila,gelihati dll
Saya juga peminat gila gila terutama tiga dara pingitan
Kartun sebagai hiburan ringan dan santai...
Nostalgik