Wawancara Faizal Hussein: Ilham Bunohan

Oleh AMALUDDIN ZHAFIR


Foto: Merpati Jingga
Faizal Hussein: "Aku letih ni."

"Tiap-tiap hari aku berlakon." Banyak maksud yang aku tangkap bila Faizal cakap macam tu, sebelum dia tambah, "berlambak ja (lakonan aku) kat Astro."

Lepas Bunohan, filem yang menurutnya terbagus sepanjang kariernya, barulah orang tersedar balik siapa Faizal Hussein. "Kemudian barulah TV3 mula terima aku balik... Sebab TV3 ni... Maybe diorang ada cara sendiri lah..." Sinis atau jujur aku tak pasti, sila salahkan talian telefon kami.

Meleret pula kepada teknik lakonannya, yang simple, berbanding sesetengah pelakon-pelakon lain yang bila dalam proses penggambaran, watak itu dikendong, diabdikan dalam diri setiap masa, kecuali dalam jamban, mungkin.

"Lari anak bini aku kalau aku setiap masa jadi Ilham (watak dalam Bunohan)," katanya sambil ketawa, dan sambil memandu Perodua Kembaranya. Tambah Faizal, dia tak buat terok dengan segala persediaan intensif apa bagai sebelum berlakon, tak macam pelakon-pelakon lain yang ada macam-macam teknik, method acting lah apa bala semua.

"Bila director sebut 'cut', terus aku berjalan macam Faizal Hussein," simple, "macam suis, ada on/off."


Boleh kawal emosi, macam Buddha yang boleh makan nasi sambil main bola, atau memang disebabkan dia anak kepada Hussein Abu Hassan dan primadona Mahyon Ismail, wallahualam fissahab lah. Faizal sendiri gelak bila ditanya sama ada dia percaya atau tak genetik ibu bapa buatkan seseorang itu cenderung, terutamanya dalam kerjaya (kerjaya, bukan minat.)

"Nak kata expert berlakon, sebabnya dari kecil lagi dah berlakon... Dan jadi macam darah daging aku dah," katanya yang mengakui idola dalam lakonannya ialah Robert De Niro. Pelakon idola di Malaysia, "tak ada."

Pun begitu, dia mengakui satu-satunya pelakon di Malaysia yang masih hidup yang dihormatinya ialah Datuk Rahim Razali. "Dia jer kot," katanya.

Nak letakkan sebagai versatile dan dahsyat nampak macam melampau dan macam nak bodek kontrak saja, tapi itu lah Faizal, darah daging main peran penting, selain kesungguhan membaiki diri untuk buat yang terbaik.

"Sampai sekarang, dalam berlakon aku memang tak pernah puas. Aku selalu nak ligan kepuasan," sambil menarik nafas, "Hm... Kepuasan tak pernah dapat," ringkasnya.

Waktu aku call, dia tengah drive ke Penang dari melaka. penggambaran drama 13 siri - Versi Hijau. Sebetulnya Beret Hijau, tapi telinga dan gangguan bunyi telefon ada masalah sikit, terus tersembul lagi soalan bangang, dengan pelat Utara, "ini cerita pasal ganja ka?"

Soalan aku tak dijawab. Dalam masa sama, dia mengakui dia sangat letih.

Dan, suara dia agak letih, kalau nak dibezakan dengan janji yang aku tak tepati beberapa hari sebelum tu, melalui panggilan telefon, yang mana suara dia waktu normal, seseorang boleh bayangkan dia bercakap tenang sambil senyum - senyum autentiknya yang terkenal itu lah.

Wawancara dengan Faizal ini sebenarnya ditetap pada hari Rabu 28 November. Selepas beberapa kali dail, isterinya, Suhaila Sulaiman yang sambut dengan jawapan, "dia keluar ke kedai jap. Call lah dia balik dalam sejam dua nanti."

Di KLCC, bersebelahan manusia-manusia anggun dan segak bergaya, sementara menunggu hujan maha lebat, aku iyakan saja. Lebih dua jam kemudian, Faizal sendiri jawab, dengan nada yang santai bergaya, sehingga sesiapa yang mendengar butir-butir katanya itu dikeluarkan, boleh terbayangkan yang Faizal sedang duduk bersantai disofa paling empuk di dunia sambil diiringi Ode To Joy. Senyumannya, walau melalui panggilan telefon, sampai terus ke otak aku. Atau aku yang terlalu taksub dengan dia?

Aku janji akan hubungi dia lagi malam itu, tapi sejujurnya selepas enam hari, dan sebab nak kejar deadline Fragranfrantik, selain masalah peribadi yang aku akan sebut satu persatu di bawah rencana ini, barulah dapat berbual panjang dengan Roy ini.

"Aku tengah drive ni, on the way dari Melaka nak ke Penang," kuat aura letihnya, langsung buat aku jadi malu alah.

Sebab kenapa terhegeh sangat nak dapatkan Faizal Hussein ialah aku sendiri tak dapat fikir siapa lagi yang terbaik dalam bidang lakonan di Malaysia, selain aku cuba hendak mengelak dari terlalu meng-lit-zine-kan Fragranfrantik.

Jadi, dengan spontan waktu melepak dengan Wahyudi untuk isu kali ini, terus aku sebut nak buat wawancara dengan pelakon yang punya kelas tersendiri ini, dan editor pun setuju, walau pun waktu tu, aku tak tau macam mana nak dapatkan Faizal Hussein.

Mujur ada seorang kenalan yang sengaja aku tak mau sebutkan di sini yang sanggup tolong dapatkan, bukan saja satu nombor telefon, malah dua nombor telefon Faizal diberinya, termasuk tarikh dan update-update terkini seperti lokasi Faizal... Malah, termasuk kesihatan Faizal sendiri. Mesti mamat ni ada ilmu yang diperturunkan dari Dewa Informasi, atau dalam bahasa mudahnya mamat si pemberi informasi ini memang kaki gosip. Ha ha ha.

Faizal Hussein sekarang dah 45. Fizikalnya masih macam mana Roy yang terkenal tu - kurus. Selepas filem Bujang Selamat, sebetulnya baru cengkung mukanya ketara, yang kemudiannya merendang kepada persoalan adakah Faizal ada isap fit.

"Tak ambil la semua tu, prinsip aku; makan tak tambah. Sedap macam mana pun, tak tambah, apa yang ada dalam pinggan, itu ja aku bedal."

Suaranya macam penagih dadah yang dah beberapa hari tak dapat ubat, di awal perbualan kami, tetapi dengan cepat berubah apabila disuntik dengan 'ubat penenang,' yakni soalan-soalan bangang dari aku.

Apa-apa pun, bagi Faizal, Bunohan arahan Dain Said satu-satunya filem yang paling menarik sepanjang kariernya.

"So far, Bunohan terbaik sampai aku rasa GREK-ZERK-GOP-GZZZzzzz (gangguan bunyi)... Bila last day shooting bunohan." Setakat itu sajalah yang aku dengar, sebelum talian kembali okay yang membawa kepada topik perkembangan positif industri filem Malaysia pra-Bunohan.

"Bunohan sebagai benchmark untuk semua filem-filem Melayu moden akan datang... Nak jadi ke taraf Bunohan untuk mungkin dalam 30 sampai 40 tahun nanti, filem-filem Melayu boleh jadi sebaik atau lebih bagus dari tu," katanya.

Malah, sebaik Bunohan menjadi fenomena, "aku tengok banyak budak-budak baru cuba nak sampai ke level Bunohan. Contohnya macam filem Lukisan, oleh al-Bakri, yang aku pun akan berlakon dalam tu.

"So, dah mula start keluar dari kepompong, berevolusi dah filem Melayu... Akan berkualiti suatu hari nanti," katanya mengulas ringkas proses evolusi dengan cara yang mudah tanpa membeli atau mencuri buku-buku yang dikarang oleh penganut ajaran atheisme (ajaran yang tak mempercayai kewujudan Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa Serta Maha Pemurah dsb.)

Berhubung mengenai masalah seperti korupsi dan kronisme dalam industri filem di Malaysia, Faizal tak menyentuh secara langsung. Isu ini boleh dibaca dalam LIMELIGHT, terbitan Merpati Jingga. Faizal sedang memandu, jadi agak komplekslah untuk menumpukan perhatian pada isu yang merbahaya ini, apatah lagi dia tengah penat waktu kami berbual.

Bagaimana pun, mengenai lambakan filem-filem mengarut, secara sinis, baginya 'tak salah,' lagi pun, "kebanyakan pengunjung wayang ialah pasangan kekasih, dan itu lah target market producer-producer ni."

Kata-kata akhir Faizal yang aku minta, seperti selalunya bila wartawan hiburan tanya, dan sebelum meletakkan ganggannya ialah, "kalau nak kerja, ikhlas lah... Kalau tak, tak ke mana." Mungkin apa yang dia cuba sampaikan ialah, jangan main-main bila menulis wawancara ini.

Dan kebetulan, seperti apa yang di sampaikan Farish A Noor dari kawannya, Jacque, "kebenaran boleh juga dijumpa melalui pena juga keyboard."



*Tulisan ini dimuatkan dalam zine FF isu #03

5 comments:

Mohamad Farez Abdul Karim berkata...

nak kata betoi ka dak hang buat interviu ni, aku pun tatau, tapi seronok gak baca. hehe. apa habaq kottt...

zhfrz berkata...

Weh ni betoi la ni... bukan fiksyen atau mimpi hehe

Tanpa Nama berkata...

Encik zhafir... serieske cite ni? boleh pm sy x? dkt email ni.. usenayanna@yahoo.com.. series memerlukan bantuan.. kerjasama anda sgt2 sy hargai.. tq.. :-)

Tanpa Nama berkata...

Sy sgt mengharapkan encik zhafir pm sy as soon as possible.. ni penting, bukan fiksyen @ mimpi.. hehe... eh, tp btol ni...series... wonderpets..wonderpets...ape yg penting kerjasama... :-)

Tanpa Nama berkata...

Nampaknye xdpt respon dr empunya cerita ni.. hrp2 sblm raya en zhafir dpt pm sy atas urusan yg sgt penting...series penting!