Memaparkan catatan dengan label Daniel Day-Lewis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daniel Day-Lewis. Papar semua catatan

Menghadapi Trauma Serangan Ketenteraan

Oleh Daniel Day-Lewis

Sudah hampir lima tahun tulisan ini ditulis, dan di Gaza, semuanya, atau tak ada apa-apa yang berubah. Pengunduran pemukim dan tentera Israel dari Gaza pada 2005 meredakan sedikit insiden keganasan, tapi ia cuma penangguhan singkat. Dalam tempoh lima tahun Semenanjung Gaza terperangkap dalam kitaran keganasan dan kedaifan, dengan kemusnahan yang memberi kesan teruk pada kesihatan fizikal dan mental penduduknya.


Mengunjungi Gaza hari ini adalah pengalaman yang meresahkan, tapi bukan kerana sebab yang nyata. Sudah tentu, manifestasi fizikal akibat dari konflik dapat dilihat; bangunan-bangunan diratakan, runtuhan dan serpihan infrastruktur akibat Operasi Cast Lead 2008/2009, serangan tentera Israel yang menyebabkan kematian 900 orang awam, 300 daripadanya adalah kanak-kanak. Tapi Gaza tidak unik dalam membawa parut fizikal dari sebuah konflik. Apa yang membuatkan Gaza unik dan membuatkan ia sebuah tempat yang mengerikan, adalah ia kini dalam pengasingan.