Memoir A. Samad Ismail
Oleh Arif Bazli
Memoir ini mengimbau kembali kenangan tokoh kewartawanan A
samad Ismail, tokoh yang dikenali sebagai sasterawan yang berjiwa rakyat. Mengamati
masyarakat dan menjadi jurubicara golongan bawahan sama sekali tidak pernah
luput dari jiwanya, berbanding segelintir sasterawan hari ini yang sekadar
berjuang untuk diri sendiri sahaja.
Tidak hairanlah kebanyakan karya tulisan oleh A. Samad
Ismail berkisar tentang suka duka masyarakat bawahan. Dunia kewartawanan yang
beliau ceburi tidak menjanjikan kemewahan yang menggunung malah membawa beliau
bergelumang dengan ludah dan kahak sosial.
Semasa di Singapura, A. Samad Ismail banyak menghabiskan
masa bergaul dengan pelbagai jenis manusia dan menjadi kutu rayap, menjiwai gejolak
rasa masyarakat dan memindahkan nuansa masyarakat tersebut melalui mata pena.
Pada masa itu pejabat Utusan yang berada di sekitar
simpang Queen Street
terletak di kawasan Rochore Road ,
salah sebuah sarang pelacuran yang paling terkenal di Singapura. Kawasan sekitar
Rochore Road
tidak punya istilah tidur kerana kerancakan masyarakatnya yang menjalankan
pelbagai rutin.
Pengalaman beliau bekerja di pejabat Utusan di sana banyak mendedahkan
beliau dengan dunia pelacuran yang menjadi kegiatan utama di sekitar Rochore Road . Pada
waktu malam, pelacur-pelacur berkeliaran di rumah rumah tumpangan hingga ke
kaki lima di
hadapan pejabat Utusan Melayu saat itu. Kegiataan pelacuran di Singapura waktu
itu begitu unik kerana penglibatan pelbagai bangsa, begitu juga dengan
gerai-gerai makanan di sekitar kawasan pinggir parit besar hingga menjengah ke
hujung jalan yang menuju ke North
Bridge Road .
Pekerja Utusan melayani pelacur-pelacur tersebut seperti
kawan berbual dan berseloroh tanpa segan silu. Lama-kelamaan A. Samad Ismail
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran Utusan yang rapat dengan ruang
linkup rumah ayam dan kelompok pelacuran.
Suatu hal yang menarik menurut beliau ialah apabila
melihat pelacur pelacur di sekitarnya telah berusia lanjut belaka, hingga sesetengahnya
boleh dijadikan emak angkat. Dengan muka yang tebal dengan bedak cat kapur, suara
nyaring meninggi, pakaian mendedahkan tubuh menjadi kebiasaan mereka ketika mundar
mandir di kaki lima
kawasan tersebut.
Apabila dia melintasi sekawan pelacur, mereka akan meluru
beramai ramai berteriak teriak “Come here baby, Have a nice time” diselang seli
dengan hilai ketawa yang nyaring.
Perkenalan akrab dengan teman-teman utusan seperti Kadir
Yahudi dan Yusof Ishak lebih mendekatkan beliau dengan dunia pelacuran waktu
itu. Teringat suatu dialog beliau dengan Kadir Yahudi tentang pelacur sekitar
kawasan itu.
“Apakah anda tak terganggu oleh pelacur-pelacur itu?”
Maka di balas dengan jawapan santai oleh Kadir Yahudi
“Mereka pun berperanan juga dalam masyarakat. Bayaran murah… 50 sen, tidak
terlalu mahal untuk rakyat jembel”
Kadir Yahudi ialah individu yang banyak mendekatkan
beliau dengan rumah-rumah pelacuran sekitar Singapura terutamanya di Pasir
Panjang.
“Kau pernah jamah betina…mad? Kau nak jadi wartawan macam
mana kalau betina pun kau tak tahu, minum pun kau tak tahu…mana boleh jadi, asyik
nak jadi anak emak saja. Begini saja Mad. malam ini kau ikut aku” Kata
Kadir Yahudi.
Beliau bersama Kadir Yahudi mengunjungi rumah Liza di
Pasir Panjang. Di situlah bermulanya perkenalan singkat dengan seorang pelacur
bernama Joyce, yang merupakan adik kepada Liza.
Membaca kehidupan A.Samad Ismail ibarat membaca
perlawanan bola di tengah keriuhan masyarakat penonton. Dunia kewartawanan
beliau penuh liku dan debar. Tiga bulan berbasikal tanpa gaji ke Utusan,
membawa beliau ke mahkamah, membawa ke rumah persundalan, membawa juga ke penjara
tanpa bicara. Banyak benar kenangan suka duka berlaku di Singapura, sewaktu
zaman pembentukan beliau sebagai seorang wartawan muda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
►
2016
(8)
- ► September 2016 (1)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
▼
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
►
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com
1 comments:
Harrah's Cherokee Casino and Hotel - JTM Hub
Information and 속초 출장마사지 Reviews about Harrah's Cherokee 화성 출장샵 Casino 수원 출장마사지 and Hotel in 영주 출장안마 Cherokee, including reviews, photos, site 진주 출장샵 maps, Nearby Amenities:.