Kaedah Socrates Lawan Kaedah Google.
Di
dalam satu babak drama Suamiku Pensyarah Undang Undang Di
Harvard, Maslan (seorang pensyarah undang undang di Harvard)
mengumumkan di dalam kelasnya:
“Kita
gunakan kaedah Socrates di sini… jawab, soal, jawab. Melalui soalan
soalan saya anda akan belajar untuk mengajar diri sendiri. Kadangkala
anda akan rasa anda tahu jawapannya, tapi biar saya beritahu bahawa
itu hanyalah khayalan anda. Dalam kelas ini sentiasa ada soalan
soalan baru. Apa yang kita lakukan ialah pembedahan otak. Soalan
soalan saya akan membedah otak anda”
Beberapa
babak seterusnya dalam drama itu menampilkan perbincangan antara
Maslan dan pelajar pelajarnya, yang mengimbau sesi sesi dialog
Socrates di Athens lebih dua milenia lampau. Ahmad Maslan mengajak
pelajarnya menyelidiki sesuatu perundangan secara mendalam dalam
setiap perbincangan, dengan harapan ia akan memberikan kefahaman
menyeluruh tentang isi dan isu sesuatu perundangan.
Perhatikan
dalam perbincangan perbincangan Profesor Maslan dan pelajar
pelajarnya kadangkala akan timbul lebih daripada satu jawapan yang
betul, dan selalunya tidak ada jawapan yang muktamad. Juga dalam
kelas profesor Maslan, pelajar bukanlah makhluk makhluk pasif yang
menerima bulat apa yang disumbatkan oleh guru, sebaliknya mereka
mempersoalkan maklumat yang diterima hingga ke akar umbi.
Kaedah
Socrates yang dipaparkan dalam drama ini sudah digunakan secara
meluas di kebanyakan sekolah undang undang di seluruh dunia. Kaedah
ini berlainan sekali dengan kaedah penyampaian pengetahuan di kelas
kelas biasa, di mana sesuatu pelajaran itu disampaikan oleh guru
kepada pelajar bagaikan seketul karipap yang mesti ditelan walaupun
ada bau nak basi.
Semasa
hidupnya Socrates telah menyaksikan kemajuan besar dalam alfabet
Greek dan percambahan golongan yang boleh menulis dan membaca di
kalangan belia Athens. Namun begitu, beliau melihat kebekuan kata
kata yang tertulis di atas kertas sebagai perosak kepada proses
dialog yang sangat penting dalam pembelajaran.
Di
dalam dialog dengan Phaedrus, Socrates telah menceritakan kepada
pemuda itu kisah dewa Teuth, dewa kuno di Mesir yang yang mencipta
tulisan. Socrates menceritakan kritikan kritikan yang dilemparkan
oleh Thamus kepada Theuth mengenai ciptaannya itu:
“Penemuan
kamu ini akan menyebabkan pengikutmu menjadi pelupa, kerana mereka
tidak menggunakan daya ingatan mereka. Mereka akan mempercayai abjad
abjad yang ditulis tetapi tidak fikiran sendiri. Penemuanmu ini
bukanlah membantu ingatan, malahan hanya sesuai untuk penyenaraian,
dan bukanlah kebenaran yang kau ajarkan kepada pengikutmu malahan
bayangan kebenaran. Mereka akan mengetahui banyak perkara tanpa
mempelajari apa apa. Mereka merasa serba tahu tanpa mengetahui apa
apa pun...”
“…tulisan
tiada bezanya dengan lukisan, kerana sekalipun lukisan itu nampak
bernyawa, ia tetap membisu seribu bahasa pabila soalan soalan
diajukan kepadanya. Dan begitu juga dengan syarahan syarahan. Mungkin
kau sangka syarahan syarahan itu pintar tetapi jika ada yang hendak
kau tanyakan, pensyarah selalu saja memberi jawapan yang sama. Dan
apabila syarahan syarahan itu telah ditulis ia boleh didapati dengan
mudah di kalangan manusia yang mungkin faham, atau langsung tidak
memahaminya…”
Thamus
telah memberi amaran kepada Theuth bahawa penggunaan tulisan akan
membawa kesan buruk kepada daya ingatan individu dan keluhuran
pengetahuan. Pembaca menyangka telah mendapat ilmu, sedangkan apa
yang mereka ada hanyalah data data mentah yang bakal menjadi sampah
jika tidak dicerna secara bijaksana.
Mencernakan
Socrates.
Socrates
meninggal dunia ketika tulisan alfabet masih baru berkembang di
Greek. Sekitar tahun 399 sebelum masihi dia telah dibicarakan atas
tuduhan merosakkan pemikiran belia Athens dan mungkin juga kufur
nikmat serta kafir laknat.
500
warga Athens kemudian mengundi untuk menjatuhkan hukuman hudud ke
atas Socrates dengan memaksa beliau minum racun. Beberapa tahun kemudian
Plato telah mencatat falsafah Socrates ke dalam dialog dialog yang
ditulisnya di atas helaian helaian papirus, menggunakan alfabet Greek
yang dipersoal oleh Socrates dalam dialog dengan Phaedrus.
Sekiranya
Socrates masih hidup, adakah dia akan membuat penilaian semula
terhadap sumbangan tulisan- di atas papirus, kodex dan pulpa atau
skrin telefon dan komputer riba- kepada pemeliharaan falsafah dan
pemikirannya?
Sebenarnya
kebimbangan yang disuarakan oleh Socrates lebih dua ribu tahun lampau
punya banyak persamaan dengan kebimbangan masyarakat abad ke 21.
Seperti masyarakat Greek yang menghadapi peralihan antara budaya
lisan ke budaya bertulis, masyarakat abad ini berdepan peralihan
kepada budaya yang lebih bersifat digital dan visual.
Ramalan
Thamus yang diceritakan oleh Socrates telah menjadi kenyataan. Kita
sendiri adalah bukti kesan negatif tulisan kepada daya ingatan
individu. Ianya lebih meruncing di era telefon pintar kini, di mana
segala maklumat dan panduan tidak disimpan di dalam memori sendiri,
sebaliknya disimpan dalam memori telefon bimbit. Kata peribahasa melayu “parang yang
tidak diasah akan tumpul”. Itulah yang telah terjadi kepada daya
ingatan akibat terlalu bergantung kepada teknologi.
Namun
apa yang paling membimbangkan ialah kurangnya penggunaan daya
pemikiran kritikal dalam penerimaan maklumat. Ramai di antara anak
anak generasi kini yang telah menjadi igauan Socrates, menyusuri
maklumat maklumat di hujung telunjuk mereka tanpa berfikir di luar
lingkung media sosial dan Google.
Mereka
sudah terbiasa menerima maklumat secara pantas yang bertimbun timbun
di dalam talian, tanpa meneliti maklumat maklumat itu dengan
bijaksana. Adalah tidak mustahil mereka mendapat banyak maklumat
tanpa mendapat sebarang ilmu.
Harus
kita sedari adalah mustahil untuk mendapatkan ilmu tanpa sebarang
maklumat. Tapi maklumat dan ilmu tidak datang daripada sumber sumber
bertulis saja. Ia boleh diperolehi melalui pengalaman, atau melalui
perbincangan seperti yang diamalkan oleh Socrates dan Profesor
Maslan.
Padahal
satu proses seperti dialog boleh saja berlaku di dalam diri seorang
pembaca yang budiman, ketika dia cuba memahami isi ayat ayat yang
terpampang di hadapan matanya. Proses dialog di dalam diri ini lebih
kurang sama dengan kaedah Socrates, dengan syarat pembaca mempunyai
pengetahuan yang cukup, juga tidak malas untuk meneliti malumat
maklumat yang diterima.
Keutamaan
mestilah diberi kepada kaedah pentafsiran maklumat -melalui proses
dialog bersama orang lain atau penelitian sendiri- supaya maklumat
yang diterima mendatangkan kesan yang baik kepada perkembangan
pemikiran individu dan masyarakat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
►
2016
(8)
- ► September 2016 (1)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
▼
2015
(8)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
►
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com
0 comments: