Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan
Menukang Rahsia Hati
oleh Hadi Jaafar
![]() |
| "It is a magnificent slow dance of surreal beauty. He never knew he could suffer so much." |
“If you knew when you began a book what you would say at the end, do you think that you would have a courage to write it?” - Michel Foucault
Seni harus seperti cermin pembuka diri. Itu Jorge Luis Borges di dalam Ars Poetica. Saya bersetuju dengan rangkap itu asalkan ia berkait dengan rasa bawah sedar. Di dalam penulisan puisi, rasa ‘bawah sedar’ kadangkala memakan masa untuk timbul. Ini kerana saya percaya kebanyakan penyair dan penulis secara amnya tidak secara sedar mahu mendedahkan wajahnya. Malah, dia tidak pun dengan sengaja mahu membongkar apa yang selama ini tersembunyi di dalam kotak-kotak keberadaan dirinya. Saya kira itulah yang sebenarnya terjadi kepada setiap penulis. Betapa di akhirnya dia akan dikhianat oleh tulisannya sendiri.
Manusia Pertama Di Angkasa Luar
![]() |
| 'My Father and The Astronout' (1969) karya Ibrahim Hussein |
Oleh Wahyudi Yunus
Akar kepada keterasingan adalah kegagalan menemukan yang identik antara subjek dan yang berlangsung di luarnya. Subagio menuliskan keterasingan sebagai "tepi dari mana aku tak mungkin lagi kembali". Kembali kepada apa? Biasa-biasa. Kepada isteri, kepada anak, kepada ibu di rumah.
Perasaan sama mudah dikongsi seorang askar yang berada di sempadan, seorang pelayar di samudera, seorang imigran yang menjenguk ke luar tingkap dari bilik sewanya melihat suasana malam ibu kota sebuah negeri yang bukan tanah kelahirannya.
Tapi manusia tidak sentiasa menemukan dirinya pada jarak yang boleh diartikulasi akal. Kadang-kadang ia menemukan dirinya melayang di tengah ruang, di mana tak berpisah malam dan siang. Seperti berada di sebuah lautan, tapi ia bukan lautan biru, ia lautan hampa dengan pandangan hanya pada kerdip bintang jauh.
Puisi Sebagai Terapi
![]() |
| Adam Philips |
Oleh EH London
KALI pertama bersua muka dengan Adam Phillips, tak siapa menjangkakannya seorang ahli psikologi. Pejabatnya di Notting Hill hanya penuh dengan buku memenuhi dinding dan bertimbunan di lantai. Tetapi selain manual terapeutik, kamu pasti tersua dengan beberapa puisi buah tangan J.H. Prynne, Percy Bysshe Shelley and Geoffrey Hill. Siri lengkap “À la recherche du temps perdu” bersarang di dinding. Beliau tak akan keluar daripada kuad Oxford sebagai tutor—di mana beliau menekuni bahasa Ingeris sebelum latihan sebagai psikoterapis kanak-kanak di London.
Semua pengaruh ini mempengaruhi kerja-kerja
psikoanalitikalnya. Buku-bukunya termasuk On Kissing, Tickling, and Being
Bored (1993), On Flirtation (1995) and On Balance (2010).
Pendekatan idea psikoanalikal melalui lebih
banyak kanta serong sastera, ia takkan menyembuhkan neurosis, tetapi akan
menjadi bacaan yang menarik. Beliau juga mengusahakan bengkel buku Lutyens & Rubinstein—gelanggang tempat
bertukar pandangan dengan pemuisi tentang kehidupan seputar hidup mereka.
Philip Gross, John Fuller, Adam O’Riordan, Bernard O’Donoghue, John Burnside,
Christopher Reid dan Jo Shapcott, semua mereka pernah terlibat.
Kami berbual dengan Phillips tentang puisi
sebagai bentuk dan risiko membaca kritikan psikoanalitikal.
Pasir dan Bebuih
Serpihan puisi Sand and Foam Kahlil Gibran. Terjemahan oleh Raja Syahrul Helmi
Selamanya kususuri
pesisiran ini, antara pasir dan bebuih, air pasang akan menghapus
jejakku dan bebuih hilang dibawa bayu. Tapi laut dan pantai ini akan
kekal Abadi.
Sekali kupenuhi tanganku
dengan kabus. Kemudian aku membukanya dan lihat, kabus jadi
kepompong. Kututup lagi tanganku dan ku buka lalu lihatlah, ia jadi
seekor burung. Sekali lagi kututup dan kubuka tanganku ada seorang
lelaki berdiri di tengahnya, sedang mendongak dengan wajah sayu.
Kututupkan lagi tanganku dan waktu ku buka kembali hanya tinggal
kabus di celahnya. Apapun, aku sempat mendengar lagu yang sungguh
merdu.
Baru semalam aku merasa
diriku sekadar serpihan yang bergetar tanpa rentak dalam kitaran
kehidupan. Sekarang aku tahu akulah kitaran itu, dan semua yang hidup
adalah serpihan-serpihan yang bergetar serentak dalam diriku.
Mereka berkata padaku
waktu mereka baru tersedar “Kamu dan dunia kehidupanmu hanyalah
sebutir pasir di pesisir laut yang tak terbatas” Dan dalam mimpiku
aku katakan kepada mereka “Akulah laut tak terbatas itu dan seluruh
alam hanyalah butiran–butiran pasir di pantaiku”
Hanya sekali aku terdiam.
Iaitu ketika seorang lelaki bertanya padaku,
“Siapa kamu?”
Yang mula-mula mengingati
tuhan ialah malaikat. Yang mula-mula menamakan Tuhan ialah manusia..
Kami telah terbang,
bertebaran sebagai makhluk-makhluk yang merindu beribu tahun sebelum
laut dan hembusan angin di belantara mengurniakan kami kata. Kini
mampukah kami mengembalikan hari-hari purba dulu dengan hanya
bunyi-bunyian kelmarin?
Tak Kenal Syurga Neraka
Puisi oleh Raja Syahrul Helmi
Tuhan tidak ada di masjid–masjid, tidak juga di gereja–gereja, malah tidak juga pada batu–batu yang kau ukir indah, tidak ada di puncak langit, tidak juga di perut bumi, tidak ada di antara tubuh-tubuh di angkasa. Pada malam Ibrahim bertanyakan kepada Saturn, “Engkaukah Tuhanku?” bukan planet itu yang akhirnya menyahut “Akulah Tuhanmu”, tapi hatinya sendiri yang bersuara.
Jadi untuk mencari tuhan kau tak perlu pergi jauh ke luar, tapi jauh ke dalam. Dan tuhan di dalam itu tak perlukan nama, tak perlukan upacara, tak perlukan darah, tak perlukan apa–apa.
Kau yang perlukannya perlu mendekatinya, bukan dengan falsafah kerana falsafahmu tak membuktikan apa–apa. Ia tidak salah tapi tidak juga betul, ia betul dan ia juga salah, jadi dengan falsafah kau selalu tergantung di tengah–tengah.
Dekatilah Dia dengan cinta.
Sajak-Sajak Untuk Claire
Untuk Claire
Akhirnya nanti tinggal gigi,
cinta juga akan dikambus pasir jadi
pentingkah masa depan? Lidah
bukan untuk bicara tapi untuk menjilat,
dan mulut untuk mengulum, walau kau
mubaligh, mimpimu seorang lelaki
dengan kesan-kesan paku di tangan, aku
ada pendapatku sendiri tentang itu, Claire,
dan Nasib memerangkap kita, menghembus
nafas panas di pipi, menyelak kain dengan udara,
bulan yang sepucat tubuhmu malam ini
itulah dewa-dewiku.
In the end only teeth remain,
love too, will be drowned in sand so
is the future important? Tongues
are not for talking but for licking,
and mouths for sucking, even if you’re
a missionary, your dream a man
with nail marks on his hands, I
have my own opinion about that, Claire,
and Fate who ensnares us, blowing
hot breath on cheeks, plucking cloth with air,
the moon as pale as your body tonight,
those are my gods.
Melayu. Sepuluh Tahun Setelah Usman Awang
Melayu itu
layaknya
berniaga
dibawah payung cuma
jual jambu dipinggir
jalan
berkhemah hingga dinihari
menjual barangan tiruan
dikala
bilal pecah tekak laung azan
dia sibuk melalak jual barang
Dari neraka ke neraka, rentung di sisi tuhan.
Pedulikan kata-kata sumbang daripada orang. Kebanyakan mereka takut menghadapi diri sendiri. Aku tahu aku tak disenangi mereka bila mempersoalkan perihal ketuhanan dalam puisi-puisiku tetapi pergi jahanamlah. Tuhan menyoal aku jadi aku menyoal Dia kembali. Bukankah semua daya, termasuk daya pemikiran juga datangnya daripada Dia? Aku mencari tuhan yang sejati. Bukan tuhan yang telah disuapkan.
Puisi yang sebenar ialah luahan luhur, dan apapun bentuk kesenian yang luhur datang dari sumber yang lebih dalam daripada pemikiran. Sumber itulah yang mahu aku selami dengan jujur. Bagiku puisi hanyalah alat dan bukan matlamat. Kasih sayang puisi dengan pembaca hanya bermula setelah puisi dibaca tetapi percumbuannya dengan penulis bermula sejak penulis lahir lagi. Bagi seorang penyair, proses penggalian puisi harus lebih penting daripada puisi yang terpancut kerana puisi ialah Kehidupan yang menulis.Dan puisi mestilah memancut. Penggalian mestilah dalam. Biarkan kalau berdarah. Tak guna semua nak nyaman saja.
Surat Latiff Mohidin untuk Ali Rahmad, manifestasi jenerasi Anak Alam.

‘Pada 1 mei yang lalu telah lahir ‘Kumpulan Anak Alam’ di ibu kota – kelahiran yang begitu lama kau tunggu tunggu- perngertian dan sambutan dari teman-teman pelukis sungguh mengyakinkan – selain dari menyatakan ‘kesedaran’ terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling tujuan pertama adalah menolong diri kita sendiri secara gotong royong dalam apa apa usaha kreatif – malam perlelongan lukisan JO adalah usaha pertama yang telah kami lakukan – tidak lama lagi kami akan mengadakan ‘hari alam’ atau ‘nature day’ – juga pada hari puisi nanti kami bermaksud akan menyumbangkan beberapa acara sebagai menambah pengalaman dan visi puitis.
‘Pelukis-pelukis zaman ini kami kira tidak patut memencilkan daerah imajinasinya, tetapi mereka mesti cuba mendalami secara fizikal mahupun visual daerah-daerah seni lain. Dan ini kita lihat dari kumpulan Anak Alam sendiri misalnya telah lahir beberapa orang penulis puisi yang mempunyai bakat yang baik. Penglibatan ini adalah penting dan menggembirakan sekali kerana ianya telah menambah pengalaman kami sebagai pelukis.’
Kitab Wasiat Soe Hok Gie
:karya ini terinspirasi dari sisi sentimental seorang GIE
pada akhirnya, kita semua tahu. dan aku tidak perlu mengajarkan apa-apa padamu. lampu-lampu temaram, semakin kelam. jauh tidak menyuluhi jalanan kita. sekolah yang kita bangunkan dari lumpuran hitam, menanti rebah mencium tanah merah.
berderak-derak, langkahan buta memijak. sedang lantai masih basah, disemen bancuhan konkrit ampuh. apa lagi yang ada? sedang semuanya menanti runtuh?
kita yang di sini, tak hentinya bertanya, "kemarilah, mati!" dan tangan lunglai melambai, menjemput dalam tinta kita yang terakhir.
inilah, yang telah tertulis pada kita-kita yang tahu. sebuah wasiat yang dikitabkan, berakhir di tangan sang pendomba luka. mencanangkan perjuangan, cinta dan kematian kita.
dan pada akhirnya, kita semua tahu. semua harap-harap, berselerakan di kaki hampa. hiduplah kebodohan, yang kita benahkan di antara dada-dada kosong. sedang sebuah keabadian itu ternyata bukan lagi keperluan...*Zu
pada akhirnya, kita semua tahu. dan aku tidak perlu mengajarkan apa-apa padamu. lampu-lampu temaram, semakin kelam. jauh tidak menyuluhi jalanan kita. sekolah yang kita bangunkan dari lumpuran hitam, menanti rebah mencium tanah merah.
berderak-derak, langkahan buta memijak. sedang lantai masih basah, disemen bancuhan konkrit ampuh. apa lagi yang ada? sedang semuanya menanti runtuh?
kita yang di sini, tak hentinya bertanya, "kemarilah, mati!" dan tangan lunglai melambai, menjemput dalam tinta kita yang terakhir.
inilah, yang telah tertulis pada kita-kita yang tahu. sebuah wasiat yang dikitabkan, berakhir di tangan sang pendomba luka. mencanangkan perjuangan, cinta dan kematian kita.
dan pada akhirnya, kita semua tahu. semua harap-harap, berselerakan di kaki hampa. hiduplah kebodohan, yang kita benahkan di antara dada-dada kosong. sedang sebuah keabadian itu ternyata bukan lagi keperluan...*Zu
Puisi Untuk Anjing Sesat (Bukowski) dan Osmosis Proudhon
Charles Bukowski, 1920-1994
Puisi Untuk Anjing Sesat
Puisi Untuk Anjing Sesat
*Poem for lost dogs By Charles Bukowski
Rasa bagus itu selalu datang
waktu-waktu pelik: sekali, selepas
tidur
terjaga di atas kerusi taman
di bandar asing, baju dibasahi dengan titis embun dan aku bangun dan mula
berjalan ke timur
ke arah
wajah menghadap matahari naik
dan dalam diri aku ada kegembiraan kecil wujud
masa yang lain selepas
melanggan pelacur jalanan, kami berjalan bersama jam 2 a.m bawah rembulan
beriringan
menuju ke bilik murah ku tapi
aku tidak bernafsu untuk menidurinya.
gembira lembut datang
daripada berjalan beriringan dalam masa kekeliruan
semesta- kami ialah teman,
teman yang asing berjalan bersama
tanpa bicara.
Skarf ungu dan putih
tergantung di beg tangannya- berkibar dalam gelap
semasa kami berjalan
dan musik boleh datang
daripada cahaya bulan
Rahmat Jabaril dan Ruh Chairil
Apa yang kau temukan ketika membaca buku kumpulan puisi dari seorang penyair yang pertama kali kau dengar namanya? Apakah perenungan, kekaguman, atau cuma sejumlah tanya yang bertalu-talu meninju akal yang yang sentiasa dahaga pada yang bernama Jawapan? Seorang pembaca yang baik, yakni pembaca yang tidak masuk neraka orang-orang tolol, seharusnya sentiasa merespon apa yang dibacanya, selain berusaha menggugat kekaguman melulu pada blurb bombastis sebuah buku, kalaupun ianya adalah kebenaran (oh, janganlah saya dilabel skeptis kerana kenyataan ini).
Tidaklah bertemu bulan yang dikhabarkan indah oleh penyair-penyair putus cinta itu jika kau sendiri tidak berani mendongak menentang bulan yang, oh, ternyata begitu hodoh kelihatan dari jendela kamarmu yang busuk oleh pengap bau rokok. Kerana fahaman dangkal ini juga, yang saya temukan entah dari mana, saya tanpa malu-malu menanyakan terus persoalan-persoalan yang saya temukan, misalnya ketika membaca buku kumpulan puisi “Patah” karya Rahmat Jabaril. Tentu saja saya tidak ke Bandung tanah kelahiran si pelukis juga penyair itu, tapi cuma “bertemunya” di laman sosial Facebook. Mujurlah.
Tidaklah bertemu bulan yang dikhabarkan indah oleh penyair-penyair putus cinta itu jika kau sendiri tidak berani mendongak menentang bulan yang, oh, ternyata begitu hodoh kelihatan dari jendela kamarmu yang busuk oleh pengap bau rokok. Kerana fahaman dangkal ini juga, yang saya temukan entah dari mana, saya tanpa malu-malu menanyakan terus persoalan-persoalan yang saya temukan, misalnya ketika membaca buku kumpulan puisi “Patah” karya Rahmat Jabaril. Tentu saja saya tidak ke Bandung tanah kelahiran si pelukis juga penyair itu, tapi cuma “bertemunya” di laman sosial Facebook. Mujurlah.
Cahaya Kekasih
Prosedur Penyucian
dah tahu itu salah
mana boleh buat tak endah
kau kata kau mahu berubah
usah percik janji sampah
perap rempah seluruh arah
serap rasa menyampah
percuma kau disumpah seranah
kotor tangan kena cuci
sental berus dawai
rendam dengan clorox
tambah setong air didih
menggelupur kuman dalam neraka buatan
akhir sekali
steril hati bagi suci
tutup bekas kedap udara
lanjutkan tarikh luput
tahan lebih lama
sampai mati
dah tahu itu salah
mana boleh buat tak endah
kau kata kau mahu berubah
usah percik janji sampah
perap rempah seluruh arah
serap rasa menyampah
percuma kau disumpah seranah
kotor tangan kena cuci
sental berus dawai
rendam dengan clorox
tambah setong air didih
menggelupur kuman dalam neraka buatan
akhir sekali
steril hati bagi suci
tutup bekas kedap udara
lanjutkan tarikh luput
tahan lebih lama
sampai mati
25 April 2010
Once: Sebuah apresiasi
"Once"
Lagakan gelas kenangan, biarku mabuk dalam pencarian hampa ini...
Lagakan gelas kenangan, biarku mabuk dalam pencarian hampa ini...
Seperti kelmarin, kita berdua tetap di sini. Aku dan kamu. Kita yang berusaha melupakan perbezaan ini. Apakah saat berdetik melawan arus waktu? Aku tetaplah semalam itu, dan kau masih saja bernafas untuk hari ini...
"Part of me has died
And won't return
And part of me wants to hide
The part that's burned"
Puisi Mawar Marzuki dan Mohamad Farez Abdul Karim
Telah tiba masanya kutulis tentang aku
Sebuah kitab terbuka
Di dalamnya ada
Seorang aku
Yang masih meraba-raba isi alam
Ada aksara-aksara tersembunyi
Hingga aku pelat menyebut
a ba ta sa ja a
halaman semakin usai
ku kejar lagi
aksara-aksara berlari
mencari hatiku
yang tumpah di dada waktu
sudah tiba masanya ku tulis tentang aku
yang masih percaya
hidup di bumi
bernoktah tiba
bila lidi talkin
tertitik
amin.
Mawar Marzuki, 23 April 2010
Chairil Anwar Dan Secebis Pemaknaan Ekspresi
Lelaki Romantis Yang Kompleks: Rainer Maria Rilke

Rainer Maria Rilke adalah seorang penyair Jerman yang lahir pada 4 December 1875. Beliau meninggal dunia pada 29 December 1926. Beliau adalah seorang penyair besar Jerman yang berkelahiran Austria. Bukan hanya sekadar seorang penyair tetapi beliau mempunyai filsafat tentang dunia penulisan kreatif ini.
Membaca lelaki di abad ke-20 seperti Rilke ini, adalah suatu cabaran skeptik yang memerlukan para penikmat seni karya puisi mengerti akan kondisi federalisme kebudayaan pada waktu itu. Di mana ia memupuk ambisi negara Jerman khususnya. Baden Wurttemberg secara terbuka menyebut kebudayaan pada waktu itu adalah sebagai faktor sarana setempat yang unik.
Stabil, Fared Ayam : Kesakitan Yang Dilepaskan
oleh Wahyudi MY
Mahu tidak mahu, puisi seringkali menjadi alat untuk melampiaskan segala macam rasa seorang anak manusia yang menukangi puisi. Puisi menjadi ranjang, menjadi tempat pergumulan emosi, jiwa, atau rasa lainnya yang mulanya hanyalah gelora sebelum dituangkan dalam perkataan. Tiada bebanan bahawa kata yang lahir dari gelora itu harus dipersetujui secocok dengan intensik dan pretensik menuliskan puisi. Kononnya, puisi punya semacam mekanisme memilih pembacanya sendiri. Mekanisme kognitif ini boleh jadi berkait langsung dengan si penulis dimana penulis awal-awal lagi sudah punya gambaran tentang sekelilingnya termasuklah kelompok pembacanya. Sikap realis ini jarang ditemukan pada penulis puisi lainnya, yang lebih senang menyendiri di dalam kegelapan fahaman bahawa mempertimbangkan pembaca adalah sama dengan merendahkan “nilai” karyanya. Ini bisa difahami jika penulis adalah seorang penyair yang telah menuliskan berbelas-belas buku puisi , lalu mempertimbangkan pembaca cuma membataskan ruang gerak kreativitinya. Bagaimana pula jika dia adalah seorang penggiat teater yang, seperti penggiat teater lainnya, berakar kuat pada sikap realis semacam ini?
Mahu tidak mahu, puisi seringkali menjadi alat untuk melampiaskan segala macam rasa seorang anak manusia yang menukangi puisi. Puisi menjadi ranjang, menjadi tempat pergumulan emosi, jiwa, atau rasa lainnya yang mulanya hanyalah gelora sebelum dituangkan dalam perkataan. Tiada bebanan bahawa kata yang lahir dari gelora itu harus dipersetujui secocok dengan intensik dan pretensik menuliskan puisi. Kononnya, puisi punya semacam mekanisme memilih pembacanya sendiri. Mekanisme kognitif ini boleh jadi berkait langsung dengan si penulis dimana penulis awal-awal lagi sudah punya gambaran tentang sekelilingnya termasuklah kelompok pembacanya. Sikap realis ini jarang ditemukan pada penulis puisi lainnya, yang lebih senang menyendiri di dalam kegelapan fahaman bahawa mempertimbangkan pembaca adalah sama dengan merendahkan “nilai” karyanya. Ini bisa difahami jika penulis adalah seorang penyair yang telah menuliskan berbelas-belas buku puisi , lalu mempertimbangkan pembaca cuma membataskan ruang gerak kreativitinya. Bagaimana pula jika dia adalah seorang penggiat teater yang, seperti penggiat teater lainnya, berakar kuat pada sikap realis semacam ini?
Puisi Zulkifli bin Mohamed dan Yong Muen
~SAYA TABIK UNTUK SAUDARA(ketika berhenti antara lampu isyarat itu)~
saudaraku
tanpa segan saudara menyapu setiap zarah sampah
dari hujung tiang lampu isyarat di mana mata manusia
langsung tidak memandang dengan jujur
terik cahaya membakar kesabaran saudara
tanpa perlu sembunyikan wajah diri
terus menyapu zarah kotor yang terbuang
dari tingkap dan tangan manusia yang enggan melihat
siapa diri saudara.
saya tabik untuk saudara.
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2016
(8)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
►
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com










