Resensi Buku: Karipap-Karipap Cinta
Salleh Ben Joned dalam artikel berjudul ‘ Seductiveness of The Satanic’ menulis bahawa ‘ apabila melibatkan imaginasi sastera, tiada satu perkara yang mudah dan inocent’. Salleh bercakap dalam konteks ambiguti ‘jahat’ dan ‘baik’ dalam teks sastera, yang mempengaruhi sastera moden dunia barat. Berpegang bahawa teks sastera tidak perlu mempunyai pegangan moral yang jelas, dia menyimpulkan bukan tugas penulis untuk meng-khutbahkan pembaca. Seharusnya, kepuasan pembacaan itu timbul hasil intepretasi terhadap misteri plot dalam subtext.
Karipap-Karipap Cinta (KKC) bukanlah contoh novel melayu terbaik dalam soal-soal ambiguti ‘baik’ dan ‘jahat’. Tetapi saya percaya naskah ini ialah antara permulaan baik dalam memasukkan soal-soal ambiguiti dalam novel-novel yang mengangkat tema Islam yang berlambak dalam pasaran sekarang.
Premisnya mudah, seorang lelaki (Ali) yang jatuh hati dengan seorang perempuan (Sarah) yang kebetulan seorang graduan Universiti Al-Azhar. Dalam usaha memikat Sarah sekeluarga, Ali berbohong bahawa dia juga graduan universiti yang sama. Bermulalah cerita bagaimana mahu memberitahu kebenaran. Daripada plot utama, bercambah sub plot yang lain, antaranya cerita Asha si psiko dan Datuk Mukhzanuddin politikus terdesak.
Resepi naskah ini mudah dan popular, tidak hairanlah setakat artikel ini ditulis, naskah KKC sudah diulang cetak sebanyak tiga kali; mengikut laman web PTS, malah dikahabrkan akan difilemkan. Walaupun begitu, untuk meletakkan novel ini sebaris dengan karya-karya cinta-cintun yang memenuhi pasaran ialah satu kesilapan. Kerana, membaca dan menilainya, ada seolah gerakan bawah tanah yang diterapkan penulis dikaburi dengan kemilau elemen-elemen popular yang dicipta. Ini yang menyelamatkan naskah ini daripada menjadi sebahagian daripada telivision sastera (meminjam terma Salleh Ben Joned).
Kritikan sosial (atau mungkin satira sosial) yang dicanangkan dalam novel ini menyentuh dasar pemikiran masyarakat. Kepercayaan kepada hantu, permainan politik kotor tidak berkesudahan, jangkaan sosial terhadap ahli masyarakat dan jurang bahasa tulis dan bahasa bual merupakan antara banyak elemen yang diketengahkan secara terus mahupun berselindung.
Temanya cinta lelaki dan perempuan-klise- tetapi gaya dan plotnya tidak.
Latarbelakang watak utama yang graduan jurusan Islam, sejujurnya, menyebabkan saya skeptik sewaktu mahu membacanya. Tetapi, saya menghabiskan buku ini dalam satu malam. Setelah sekian lama tidak pernah habis membaca novel melayu kerana kecenderungan sastera melayu untuk berkhutbah, novel ini sedikit memberi impak kepada perspektif pemikiran saya. Dan ambiguiti elemen moral ( masuk lokap, pecah pejabat, menipu orang tua, karakter watak, dan universe ceritanya) semuanya ditamatkan dengan baik dan tidak berlebih-lebihan penekanan moralnya. Mungkin, kerana itu naskah ini dikategorikan sebagai komedi (dibelakang kulit buku tertulis begitu).
Sastera Islam- seperti yang dikatakan oleh Pak Seno Gumira dalam bual bicara FAHAM Nov 2009- memerlukan satu set terminologi dan makna yang jelas. Sastera seharusnya menjadi teks yang mencabar intelek bukan sekadar taburan idea tanpa estetik.
KKC merupakan satu naskah yang mengkritik dan men-satirakan situasi semasa dalam ambiguitinya. Tetapi dalam kesamaran yang wujud, saya mengharapkan banyak lagi naskah lain yang muncul untuk menyelamatkan arena sastera-baik popular ataupun avant grande- dan tidak terikat dengan pandangan sempit moral dan nilai hidup. Tetapi berusaha untuk mencabar setiap satu garis norma dan meraikan kepelbagaian, walaupun terpaksa mengorbankan sedikit nilai estetikanya, bergelumang dengan elemen popular massa seperti yang dilakukan oleh Karipap-Karipap Cinta.
Resensi sumbangan Juslaici
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
►
2016
(8)
- ► September 2016 (1)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
►
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
▼
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com
8 comments:
tugas penulis dan artis adalah untuk mempersoal bukan memberikan jawapan... bukan?
dulu waktu sekolah asrama penuh selalu gak buat ninja pakai kain pelikat macam tu, haha!
best. ;)
ulasannya menarik. best.
nak tanya sikit, apasal cik zu kita dah tak ada dalam FB??
beliau telah mematikan dirinya buat sementara waktu di facebook. kenang daku dalam doamu ya? hiks..
oh, ok. :D
Penulis/Seniman cenderung membuka pintu2 pikiran supaya senang yang di belakang ikut sampai ke apa yang ditelaahnya.
Ulasan menarik. ;)