Cahaya Kekasih

Prosedur Penyucian
dah tahu itu salah
mana boleh buat tak endah
kau kata kau mahu berubah
usah percik janji sampah
perap rempah seluruh arah
serap rasa menyampah
percuma kau disumpah seranah

kotor tangan kena cuci
sental berus dawai
rendam dengan clorox
tambah setong air didih
menggelupur kuman dalam neraka buatan

akhir sekali
steril hati bagi suci
tutup bekas kedap udara
lanjutkan tarikh luput
tahan lebih lama
sampai mati
25 April 2010

Gila 10 Minit

kepala pening-pening
otak jadi mereng
hati kotak berpetak-petak
pecah berderai tak payah hentak.
05:15

kalau padi katakan padi
tidak kau tertampi-tampi
kalau sudi katakan sudi
tidak kau ternanti-nanti
siapa kata aku tak sudi?
nantilah dulu, jangan pergi.
05:17

masuk air
main going
dua-dua sama
kau
aku
dua-dua gila
tapi
orang gila mana mengaku dia gila,kan?
05:20

makan tak kenyang
tidur tak lena
mandi?
simbah air mesti basah.
05:21

rama-rama cuba terbang
tinggi sedikit rendah lebih
jaga-jaga terhantuk siling
ruang hati sempit
penuh pokok semalu
menguncup senang mengembang susah.
05:25



Cahaya Kekasih,
22 April 2010
05:15-05:25pm

4 comments:

Cahaya Kekasih berkata...

dear editor,

percuma kau disumpah seranah itu last line for 1st verse...takde prisedur penyucian di bawahnye...hehe

eh..saya ada hantar Gila 10 Minit juga ke? hehe :)

thanks.

Naskah Percuma berkata...

oh minta maaf! salah typo. dah betulkan... saya ambil lg satu sajak drpd blog awak ;)

Cahaya Kekasih berkata...

hehe..xpe.....boleh je amik....tapi bagitau saye la ye.....siri Gila tu ada dua lagi :P

Anak Bumi berkata...

aih, senyap je NP ni, apa cer?