Memaparkan catatan dengan label fared ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fared ayam. Papar semua catatan

Cerpen Percuma: Seminggu oleh Ayam Fared


Dalam tong sampah Ikea warna merah, hadiah bekas kekasih lama yang kini telah pun berkahwin dengan lelaki lain, ada kondom yang berisi mani, yang baru digunakan petang tadi. Tidak, bau mani tidak menyelubungi bilik ini.

Yang tertinggal dan terus berlegar kuat, selain kesunyian dan bunyi kipas yang telah tenat, cumalah bau popotmu, sebagai bukti sebuah rindu yang mestiku tahan lagi seminggu.

"You are god's little thumb."

SMS ringkas yang kau hantar pagi tadi, sebelum kau datang dan kita melangsaikan keinginan, masih tersimpan dalam inbox telefon bimbitku. Ya, telefon bimbit itu, yang tahun lepas dihadiahkan oleh adik perempuanku, yang baru sekejap tadi satu kelebihan aplikasinya ku tahu, lalu belajar menghantar MMS padamu.

Stabil, Fared Ayam : Kesakitan Yang Dilepaskan

oleh Wahyudi MY

Mahu tidak mahu, puisi seringkali menjadi alat untuk melampiaskan segala macam rasa seorang anak manusia yang menukangi puisi. Puisi menjadi ranjang, menjadi tempat pergumulan emosi, jiwa, atau rasa lainnya yang mulanya hanyalah gelora sebelum dituangkan dalam perkataan. Tiada bebanan bahawa kata yang lahir dari gelora itu harus dipersetujui secocok dengan intensik dan pretensik menuliskan puisi. Kononnya, puisi punya semacam mekanisme memilih pembacanya sendiri. Mekanisme kognitif ini boleh jadi berkait langsung dengan si penulis dimana penulis awal-awal lagi sudah punya gambaran tentang sekelilingnya termasuklah kelompok pembacanya. Sikap realis ini jarang ditemukan pada penulis puisi lainnya, yang lebih senang menyendiri di dalam kegelapan fahaman bahawa mempertimbangkan pembaca adalah sama dengan merendahkan “nilai” karyanya. Ini bisa difahami jika penulis adalah seorang penyair yang telah menuliskan berbelas-belas buku puisi , lalu mempertimbangkan pembaca cuma membataskan ruang gerak kreativitinya. Bagaimana pula jika dia adalah seorang penggiat teater yang, seperti penggiat teater lainnya, berakar kuat pada sikap realis semacam ini?