Memoir A. Samad Ismail



Oleh Arif Bazli

Memoir ini mengimbau kembali kenangan tokoh kewartawanan A samad Ismail, tokoh yang dikenali sebagai sasterawan yang berjiwa rakyat. Mengamati masyarakat dan menjadi jurubicara golongan bawahan sama sekali tidak pernah luput dari jiwanya, berbanding segelintir sasterawan hari ini yang sekadar berjuang untuk diri sendiri sahaja. 

Kritikan Teater Kena Main (2015)



Oleh Walid Ali

Teater Kena Main merupakan teater yang menjadi perhatian di Istana Budaya pada tahun ini kerana setelah sekian lama Istana Budaya sibuk mementaskan teater-teater muzikal dan juga konsert. Teater sebegini telah lama tidak mendapat perhatian atau ruang di Istana Budaya atas pelbagai faktor antaranya seperti kesukaran untuk mendapatkan tajaan dan juga kesukaran untuk mendapatkan penonton.

Perkara ini menyebabkan lambakan teater-teater yang lebih membawa keuntungan kepada Istana Budaya dipentaskan di pentas besar itu. Oleh itu, kehadiran teater Kena Main dilihat sedikit sebanyak telah memberikan ruang nafas untuk teater yang membawa falsafah dan permainannya tersendiri.

Elizabeth, Lizzy dan Beth




Oleh Aisyah Rais

Berada di tempat yang sama, untuk satu masa yang lama dan melakukan rutin yang sama setiap hari. Sampai satu masa, kau perlu untuk keluar dari kepompong rumah sama yang sudah kau arif tentang baunya, warnanya, perasaannya, dan bentuknya. Kau mungkin suka dengan rumah sama, selesa, dan sedap. Jadi kenapa perlu kau keluar mencari rumah baru? Atau kau mungkin sudah jelik dengan rutin tersiksa jiwa raga di rumah sama, sudah terlalu lali, sudah basi namun masih boleh ditelan. Tapi sampai bila?
Aku rasa mungkin itu yang telah Elizabeth tanya pada diri  sebelum dia buat keputusan untuk keluar dari ‘rumah sama’. Rumah jiwa yang tak lagi akan menunggu seseorang yang menghancurkan hati, rumah jiwa yang sudah luluh, menyepi dan yang dulu pernah penuh dengan harapan tapi sekarang tidak lagi.
“You know I came here the night I left but I didn’t make it past the front door. I almost walked in but I knew that if I did, I would just be the same old Elizabeth. I didn’t want to be that person anymore”

Israel yang kita malas peduli



Oleh Hafiza Nur Adeen Nor Ahmad





Melalui Israel The Start-Up Nation, negara itu digambarkan sebagai maju dengan perkembangan progresif dalam bidang tekno-sains, selain industri. Tahun 2014 dikira bertuah bagi negara tersebut kerana 18 buah syarikat telah disenaraikan oleh The Forbes sebagai antara negara yang mempunyai syarikat start-up terbaik di dunia, bernilai sebanyak USD15 bilion. 

Manakala 99 syarikat start-up Israel telah mencecah nilai sebanyak USD7 bilion pada tahun sama dan 11 daripadanya disenaraikan antara terbaik di NASDAQ, memetik laporan IVC Research Centre. Amerika Syarikat mempunyai kekuatan dari segi modal dan kapital serta keusahawanan, manakala Israel pula mempunyai tenaga kepakaran. Dengan kewujudan kumpulan pemikir seperti AIPAC, Israel mempunyai pengaruh yang kuat dalam dasar luar Amerika Syarikat. Maksudnya hubungan mereka bagai isi dan kulit; sukar dilupakan. 

Disebabkan negara tersebut ingin mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak, salah seorang jurutera terkemuka, Shai Aggasi telah memperkenalkan kereta berjanakuasa bateri di bawah syarikat The Better Place. Stesen minyak konvensional turut secara fasanya diganti dengan stesen pengecasan kereta eletrik. 

Di Gurun Negev yang kontang pun dijadikan sebagai kawasan penanaman pokok dan sumber asli pembinaan tasik untuk penternakan ikan. Ini seterusnya dapat menambahkan bekalan makanan bagi warga Israel untuk jangka masa panjang. Budaya Israel yang dikenali sebagai Chutzpah menggambarkan bahawa rakyat Israel berpegang kepada sifat ingin tahu dan inovasi yang juga merupakan resipi kemajuan intelektual mereka.

Orwell - Berkawan dan mengawal


Awang Besar ada dalam banyak warna! Jaga-jaga!

Oleh Azza Azman.


George Orwell nama yang asing tetapi gah bunyinya. Nama ini aku kenal dalam Politik Kandang terjemahan ITBM. Tajuk Politik Kandang bagi aku adalah tajuk yang sangat sesuai dan kena pada tempatnya terutama apabila dipetang hari sambil pekena cekodok Brickfield, kita lihat dan tafsir arus politik yang berkocak di sekeliling kita - kepartian atau sendirian -