Manipulasi mikro-organisma: Adakah kita juga sedang dipermainkan?
Oleh Khusairi Zuradi
Jika anda tidak suka pada bakteria, anda sedang hidup di planet yang salah,merupakan kata-kata yang diungkapkan Stewart Brand; penulis kepada siri buku Whole Earth Catalog. Apa yang beliau ungkapkan itu benar pada pelbagai segi. Bagaimana kita mahu membenci bakteria jika tanpa kewujudan mereka kita tidak akan dapat hidup dengan sempurna?
Apa? Kita perlukan bakteria untuk hidup? Bukan ke jangkitan bakteria itu lah yang menjadi punca manusia mati? - tanya Ali; skeptikal.
Kaedah Socrates Lawan Kaedah Google.
Di
dalam satu babak drama Suamiku Pensyarah Undang Undang Di
Harvard, Maslan (seorang pensyarah undang undang di Harvard)
mengumumkan di dalam kelasnya:
“Kita
gunakan kaedah Socrates di sini… jawab, soal, jawab. Melalui soalan
soalan saya anda akan belajar untuk mengajar diri sendiri. Kadangkala
anda akan rasa anda tahu jawapannya, tapi biar saya beritahu bahawa
itu hanyalah khayalan anda. Dalam kelas ini sentiasa ada soalan
soalan baru. Apa yang kita lakukan ialah pembedahan otak. Soalan
soalan saya akan membedah otak anda”
Plot Menculik Presiden Malaywood
Oleh Roslan Jomel
Aku maklum Presiden Malaywood bukan disukai oleh semua orang. Aku tidak tahu atas alasan apa. Wajah pun tidak menarik. Kepala botak. Meminati kelab bola sepak Liverpool. Justeru aku ingin menculiknya. Bagaimana aku beroperasi, belum dipastikan lagi. Tujuan aku melakukan misi ini bukan kerana aku berdendam secara peribadi dengan Presiden. Aku tidak peduli langsung dengan apa yang dilakukan di bawah pemerintahannya. Aku bukan seorang yang suka berfikir hal-hal berat kenegaraan. Perasan intelek. Ia lebih sekadar untuk bersuka-suka.
Itu sesuatu yang besar. Berprofil tinggi Aku tidak berpengalaman melakukan aktiviti berisiko. Tidak pernah memecah masuk rumah orang. Tidak pernah mencari gaduh dengan sesiapa. Tidak pernah digari polis. Maka, aku perlukan beberapa ahli. Berani dan berwawasan jauh. Muda dan sihat tubuh badan. Tidak terlalu mementingkan gaya rambut dan fesyen. Tidak perlu juga berbadan tegap seperti Mat Damon. Paling penting, mesti berhati kering. Kerja menculik Presiden Malaywood tidak semestinya layak dilakukan oleh seseorang profesional. Amatur pun boleh. Aku tidak mahu penagih dadah atau kaki botol. Ramai kawan aku yang sedang menderita sakit jiwa sekarang ini. Mereka kurang sesuai.
Memoir A. Samad Ismail
Oleh Arif Bazli
Memoir ini mengimbau kembali kenangan tokoh kewartawanan A
samad Ismail, tokoh yang dikenali sebagai sasterawan yang berjiwa rakyat. Mengamati
masyarakat dan menjadi jurubicara golongan bawahan sama sekali tidak pernah
luput dari jiwanya, berbanding segelintir sasterawan hari ini yang sekadar
berjuang untuk diri sendiri sahaja.
Kritikan Teater Kena Main (2015)
Oleh Walid Ali
Perkara ini menyebabkan lambakan teater-teater yang lebih membawa keuntungan kepada Istana Budaya dipentaskan di pentas besar itu. Oleh itu, kehadiran teater Kena Main dilihat sedikit sebanyak telah memberikan ruang nafas untuk teater yang membawa falsafah dan permainannya tersendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2016
(8)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
►
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com



