Membaca Emily Dickinson

~
Dia adalah seorang perempuan biasa yang dilahirkan pada tahun 1830 di Amherst, Massachusetts. Keluarganya berfahaman Congregationalism ortodoks Amhe.
Yang membezakan dia dengan yang lain adalah sikap terbukanya. Menulis dengan emosi dan hampir keseluruhan kehidupan peribadinya dituliskan.
Tulisannya dipengaruhi gaya Shakespeare yang mendayu-dayu. Jumlah puisinya tidak banyak, hanya sekitar dua ribu sahaja. Tidak semua diterbitkan juga. Kerana alasan Emily, dia menulis puisi kerana cintanya pada puisi bukan kerana untuk mendapatkan nama. Kebanyakan karyanya menggunakan nama "anonymous", tiada nama penulis disertakan.
Dickinson tidak menyelesaikan banyak puisi atau mempersiapkan mereka untuk penerbitan. Dia menulis draft di atas potongan kertas, senarai belanja, dan bahagian belakang sampul surat resep dan digunakan.
Ulas filem: Into The Wild

"I think u should watch this film bro", begitulah kata-kata Alan, kawanku seorang guru di Sarawak dalam slanga English pekat ala Ozzy, ketika menghulur sekeping dvd cetak rompak yang tertulis 'Into The Wild'. Aku geram amat. Masakan tidak? Beberapa waktu dulu aku juga telah dirayu untuk menonton filem Once, sekarang filem apa pulak ni? Aku takut untuk menonton filem kerana bagiku filem dan cerita wayang bergerak boleh mengganggu kehidupan manusia hinggakan mereka akan mula berimaginasi seraya melakonkan semula watak dalam filem yang ditonton itu. Aku hanya biarkan saja dvd tersebut di atas peti tivi hinggalah sampai ke waktu yang sudah termaktub oleh hukum Ilahi, minggu lepas, aku pun menontonnya. Tanpa rasa bersalah.
Resensi Buku: The Elementary Particles

Taufan menyerang, gempa bumi datang; mencerai, menolak mamalia-mamalia ke arah kedurjanaan. Macamanapun, planet ini, planet tua ini masih lagi berputar sedaya upaya menanggung isiannya. Molekul-molekul berlanggaran oleh ejen perlanggaran menghasilkan zat-zat baru. Ejen-ejen perlanggaran umpama Michel Houellebecq (baca: wellbeck), ejen provokator, pembenci masyarakat, sistem, dan termasuk dirinya sendiri! Yang cuba menghasilkan zat-zat baru. Atau mungkin merosakkan kita atau; mungkin hanya provokasi kepada masyarakat?
Menutup helaian terakhir naskah The Elementary Particles, kening aku terangkat dan dahi berkerut; seolah terasa yang naskah mual ini, yang dipenuhi kebencian (yang kadang lucu dan kadang keterlaluan), protagonis yang ketagihkan seks (termasuk S&M) dan jijik-jijik seks yang terperinci sifatnya lantas boleh saja membuat pembacanya ke tandas dahulu, sebelum kembali membaca helaian-helaian baru yang penuh dengan ’yang baru.’
MenuIis Puisi, Meraikan Kehidupan

Jika kamu berharap menemukan tips-tips untuk menulis puisi yang bagus untuk dimuatkan dalam majalah DBP sila berhenti membaca tulisan ini sekarang juga. Kerana yang menulis ini sendiri, selama bergelar manusia tidak pernah tulisannya dimuatkan dimana-mana majalah DBP. Untuk apa juga kau memuatkan puisi di dalam majalah yang telah sekian lamanya gagal menjadi medium penggerak perkembangan puisi, sebagaimana seharusnya. Atau barangkali dengan mengirim puisi di dalam majalah itu, lalu akhirmya dimuatkan, menjadi tanda ukur yang membuat kamu fikir kamu telah berhasil menuliskan puisi? Mempertimbangkan pembaca sebagai medium untuk menilai sesebuah puisi tidak salah sama sekali. Tidak berdosa. Bahkan itu adalah proses dalam penulisan. Lain halnya jika ia menjadi tujuan. Mempertimbangkan pembaca sebagai tujuan, bukan saja si pengarang telah melakukan bunuh diri kreatif sia-sia dengan menyempitkan ruang gerak kreativitinya, tapi juga bakal dikutuk-sumpahi Dewi Puisi, blasphemer yang melayakkannya menghuni neraka tingkat 12. Di sini aku dirusuh tanya; lalu untuk apa menuliskan puisi?
Space Gambus Experiment dan Pak Samad

Tidak ada apa yang aku hendak berkongsi sebenarnya. Kerana, aku sudah pekak dan bisu. Ya, bayangkan Tuhan telah menarik daya pendengaranmu buat selama-lamanya. Bagaimana gegendangmu berupaya menangkap bunyian? Bagaimana kamu mahu menikmati desis ritma dan lenggok irama? Justeru kamu sekadar memejam mata, dan tersenyum sendirian. Mari kita menyelongkar dunia irama dalam alam nan bisu.
Pabila berbicara tentang konsep muzik, serta falsafah yang tersirat, kamu perlu bahagikan dua perkara penting. Muzik yang terletak dalam sebuah bulatan industri, dan yang terkeluar daripadanya. Industri itu adalah perkara maha agung, luas ruangnya. Manakala zarah partikel diluar industri itu selalunya terasing. Ia bagaikan keladak yang tenggelam di dalam cawan penuh berisi air. Bukannya band Keladak, sebuah band punk indie tu. Mereka sudah punyai groupies yang tersendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2016
(8)
- ► April 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(8)
- ► Disember 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (2)
-
►
2014
(1)
- ► Oktober 2014 (1)
-
►
2013
(12)
- ► Disember 2013 (3)
- ► September 2013 (1)
- ► Januari 2013 (2)
-
►
2012
(14)
- ► Disember 2012 (3)
- ► November 2012 (2)
- ► Oktober 2012 (6)
- ► September 2012 (3)
-
►
2011
(9)
- ► Disember 2011 (1)
- ► November 2011 (3)
- ► September 2011 (1)
-
►
2010
(33)
- ► Disember 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (1)
- ► September 2010 (1)
- ► Julai 2010 (1)
- ► April 2010 (15)
Tentang NP
NP ialah sebuah majalah blog yang cuba menerapkan bahan-bahan penulisan sastera, budaya dan masyarakat terutama oleh penulis-penulis bebas dan baru. Anda juga boleh menyumbang hasil penulisan anda dengan menghantar ke: naskahpercuma@gmail.com